28 Januari 2011

selamanya dalam ingatan.....

jika saya yang bertahta di hati awak sayangilah saya sejujur hati awak...

jika saya yang awak rindui simpanlah saya jauh didalam hati awak...

jika saya selalu menyakiti awak...maafkanlah saya kerna itu bukan niat saya...

jika saya antara yang awak tak mahu kenang..ajarlah saya untuk memahami awak..

tapi jika di dalam hati awak tiada diri saya...saya terima seadanya...jika itu sudah suratan..

tapi ketahuilah bahawa awak akan sentiasa di dalam hati saya kerna saya teramat bersyukur

kerna memiliki teman seperti awak...

^_~

25 Januari 2011

Martabat Taqwa

Martabat Taqwa

Menurut Al-'Allamah Mustafa al-Khairi al-Manshuri, taqwa ini mempunyai tiga martabat;

Martabat pertama : Membebaskan diri dari kekufuran
Inilah yang diisyaratkan oleh Allah dengan "Kalimat at-Taqwa" dalam firmanNya :

"...lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mu'min dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa ...". (Surah Al-Fath. Ayat : 26)

Maksud kalimah at-Taqwa dalam ayat di atas ialah kalimah : "لا إله إلا الله محمد رسول الله" atau dua kalimah syahadah. Kalimah ini merupakan kalimah iman yang menjadi asas atau punca kepada taqwa.

Martabat kedua : Menjauhkan diri dari segala perkara yang membawa kepada dosa.

Martabat ketiga : Membersihkan batin (hati) dari segala yang menyibukkan atau melalaikan diri dari Allah swt.

Martabat yang ketiga : inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah;

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( kepada Allah swt )." (Surah Ali Imran. Ayat : 102)...

(^__^)

Jauhkan rindu

Bila rindu kembali menjengah..
Menyusup datang melalui sekeping gambar..

Begitu terasa bibirku bergetar..
Begitu terasa kakiku makin longlai...


Ku lihat pada jari-jemariku,..
Menggigil dalam bahang tengah hari,..
Ku sentuh pada bibirku..,
kering mengelupas..
Ku letakkan tangan pada dadaku..,
Degupannya menjadi deras...

Ku lihat wajahku dalam refleksi,..
Warnanya pucat membiru,..
Tiada kilauan dalam mata,..
Tiada cahaya pada wajah...
Hanya kelesuan jelas kelihatan...

Yang lain menggelar rasa ini "'cinta'"..,
Lalu mereka hairan aku menolak "'cinta'"..,
Tapi aku pasti ianya adalah ''"petaka'".. ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan..,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,..
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku..,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa...

Dahulu..,
Jika rindu yang sama bertandang..,
Akulah insan paling bahagia...

Kini..,
Jika rindu yang sama bertamu,..
Akulah insan paling sengsara...

Aku tak mahukan rasa ini,..
Aku tak mahukan rindu ini...

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu..,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu..,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu..,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu...

Rabbi..,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku..,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta...

Rabbi..,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku..,
kerna aku takut pada bayangannya..,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu..,
Hanya bisa pada Tuhan..,
Kerna ku tahu nafsu ini..,
Sering membawa ke arah kejahatan,..
Yang datang dari godaan syaitan...

Rabbi..,
Ku mohon..,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,..
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu..,
Cinta yang kekal dan abadi...


15 Januari 2011

Saudariku, jika kau mahu berniqab...


Berniqab bukanlah kerana trend terkini..

Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..

Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yang lain..

Berniqab bukan untuk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..


Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah..

niqabkan hatimu dahulu..

niqabkan jiwamu dahulu..

niqabkan lidahmu dahuulu..

niqabkan langkahmu dahulu..


Kerana yang terselindung belum tentu terus berlindung..

yang terbuka belum tentu terus terbuka..

Berilmulah sebelum kau beramal wahai sahabat..


Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah SWT..

menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dalam dirinya kerana Allah SWT..

Usahlah melatah bila difitnah, kerana memang kau melindung dari fitnah..

Maka fitnah itu pasti berlegar di luar lingkungan niqabmu..

Pabila ada kesempatan, pasti fitnah itu menerjah kedalam..


Usahlah kau mendongak wajah ke langit..

Belum tentu yg berniqab itu beriman..

Kerana itu kukatakan..

niqabkan dirimu sebelum kau niqabkan wajahmu..


Istiqamah bukan hanya sekadar kata..

Istiqamah ini bukan hanya ayat cantik..

untuk ditaip di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..

Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah SWT..

Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..


Jangan perlekehkan nilai niqab..

kerana dibalik tirai suara-suara itu..

berhimpun manusia menunggu menjelekkan kita..


Berniqab yang bercinta, tapi tiada tuju hala - kuberani katakan mereka BERSEPAH DI ALAM MAYA!..

Berniqab yang mulutnya ibarat tempayan - kuberani katakan mereka KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!..

Berniqab tapi akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!..

Yang membuka aurat, dah terang tak nak berundur mendengar perintah Allah..

Janganlah yang memberati aurat ini mencemar niqabis itu sendiri..

Jari menari di papan kekunci katakan "AKU CINTA ALLAH, AKU CINTA RASUL"..

Yakinkah anda? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh..

Terlalu sarat dengan kata nista..

Jangan kau berdusta!..


Jadi gadis berniqab,..

jagalah namamu,..

jagalah namaku,..

jagalah namanya..

dan jagalah nama mereka...

Niqab bukan fesyen terbaru!..


Niqab bukan pelindung maksiat!..

Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!..

Niqab bukan utk dipersendakan..

Berilmulah sebelum beramal...

Kerana yang menderita adalah mereka yang berhabis-habisan berjuang..


BERNIQABLAH KERANA ANDA SUDAH BERSEDIA,BUKAN UNTUK MENUNJUK-NUNJUK ANDA HEBAT. KERANA ITU BELUM MENUNJUKKAN ANDA SUDAH BERSEDIA, BAHKAN SEBENARNYA MASIH TIMBUL RASA CINTAKAN DUNIA, CINTAKAN PUJIAN MANUSIA...


(^__~)

14 Januari 2011

What Should I Do by : Jang Guen Suk

" Bila cinta mula berputik...seelok-elok nya luahkan segera supaya bunga tidak terlepas ke tangan kumbang lain dan kumbang tidak terlepas ke tangan wanita lain"...


renung-renungkan lah...^__~

11 Januari 2011

Mengapa wanita memerlukan lelaki..??

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki..tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan..cinta itu anugerah..

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya?? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki..??

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

10 Januari 2011

Aku redha

Aku takan pernah bertanya..MENGAPA
aku takan pernah bertanya KENAPA
ku coba untuk terima apa adanya..
kehadiranmu anugrah buat ku
kepentingan mu bagiku bagai udara yg ku perlu
meski aku terluka .kecewa.dan tersiksa
ku jadikan ianya santapan di jiwa..
bukan aku bodoh atau pun gila..
cuma ini yg aku ada ..cinta setiaku bkn hanya di pentas dunia.
aku hanya sebutrir pasir,yg terhempas di pesisir..
kering dan kerdil..
setiaku takan pernah berakhir
cinta ku takan pernah tersingkir..
yakin ku takan pernah hancur..
do'a ku takan pernah lentur..
kiranya masih di beri kekuatan..
biar aku bertahan..KARENA TAKDIR ADALAH SEGALA NYA..

Jiwa ku menangis lagi

Usah kau ceritakan tentang cahaya
dari dunia terang mu
waktu laut mengapungkan cemar dan ombak
mengusir bahagia dari mimpi ku
biarkan angin menikam layar..
rabak terkoyak dan laluan tersasar
awan menyongsangkan arah
gelora memuntahkan resah
aku menahan pedih batin yang terluka
ketika samudra belum lagi memulangkan bahagia..
yang terkadang tertewas dlm pedaya angin..
sesekali camar pergi tak lagi kembali pulang
penyu yg menangis telah kering air mata
pasir dan siput bertabur megah rasa di dada
tanpa pangkat dan derajat yg di janjikan..
aku tetap di sini..
usah lagi kau janjikan siang..
karena GELAP itu adalah DERITA ku
dan DERITA itu adalah GELAP ku...**

Keindahan sebuah cinta

WAHAI CINTA YANG SEJATI,
KAU HADIR TANPA AKU MELIHAT KELIBATMU,
NAMUN KAU HADIR LALU MENYENTUH HATIKU,
MEMANG INDAH,
INDAH DARIPADA SEBUAH KARYA YANG AKU MILIKI.
CINTA,
TIDAK ADA YANG AKAN MENGERTI ERTI
HADIR KAMU DALAM JIWA INI.
CINTA TIDAK MAMPU AKU HIDU PADA WAKTU INI,
NAMUN AKU PERNAH DISINGGAHI
DENGAN CINTA YANG AKU CARI.
WALAU SATU KETIKA AKU PERNAH DICALARI
KERANAMU CINTA,
NAMUN TIDAK PERNAH AKU MENAFIKAN
INDAHNYA LENGGOK HADIRMU.
KELEMBUTANMU TELAH MEMBUAT SEMUA
ORANG TIDAK AKAN BISA UNTUK TIDUR,MAKAN
MALAH SUKAR UNTUK BELAJAR DAN DI AJAR.
CINTA,
HADIRLAH KAU DALAM HIDUPKU,
AGAR DAPAT AKU MERASAKAN NIKMATNYA CINTA.
TETAPI BUKAN SEKARANG CINTA,
KERANA HARI INI MASIH MUDA BUAT AKU.
KEINDAHAN SEBUAH CINTA
HADIR APABILA
AKU MENGERTI KEHIDUPAN
DAN INGIN AKU MENGAPAI SEGALA KEINDAHAN.
WAHAI,TUHAN YANG MENCIPTA AKU
DAN TURUT MENGERTI HATI AKU SAAT INI,
KURNIAKANLAH AKU DENGAN INSAN YANG BENAR-BENAR
AKAN DAPAT MENGERTI AKU...

Mana hilangnya kasih buatku..???

Kesejukan ini..
telah mengetipkan mataku..
untuk aku terus menatap..
keindahan malam yang cukup indah..
Wahai malam..
kau sungguh indah dan cantik..
satu ketika kau diterangi oleh bulan purnama..
dan bintang bebagai buruj..kekadang bulan menyepi..
Malam gelita...
Dan bintang menghilang..Kemana segalanya menghilang?
Di mana aku berada sebenarnya? Aku termenung sendiri..
Tatkala musim dan hari sering berganti..Mengikut peredaran bumi pada paksinya..
dan tatkala ini aku rungsing dengan pilihanku..
Jika semalam..
Hati ini bisa dikoyak-koyak..Hati ini dimain-main seperti sebiji guli..
Hati ini juga seperti dicuri tanpa setia teman..
Jika hati ini berteriak kesakitan..berombak dengan bisikan jiwa...
tiba-tiba naluri menjadi hancur Kepercayaan bertempiaran..
Mencari erti kebenaran dan kepalsuan..
saat itu jasad ini seperti dilambong angin kencang..
kehidupan menjadi gerhana tidak ada satu sinar pun..
mendukung jiwa aku untuk mengheret aku menemui bahtera cinta sejati...
Jasad aku..
kini terpaku tanpa persoalan tanpa keriangan..
tanpa keinginan sejati..
Nafsuku kaku..Lidahku terklu..jasadku terpaku malu..
Malu pada diri sendiri..
Hati boleh dipermainkan..sedang yang lain??
Mereka mampu berdansa kegembiraan..
pada satu paksi kesetiaan..
Wahai..alam ciptaan Ilahi..
Kau indah melakar kehidupan..tapi aku???
Aku telah lama kehilangan kasih dan matlamat sebenarku..
aku hilang kasih seorang teman..walau aku mempunyai teman..
aku hilang kasih seorang kekasih..walau hati aku pernah dikasihi..
Saat ni aku kaya dengan kasih dan kemesraan keluarga..
tapi....
aku masih kehilangan kasih yang harus aku cari...
Saat ini aku meraba mencari sinar Ilahi..
kerana aku kehilangan arah tanpa cintamu Allah..
Aku inginkan kebebasan yang suci..tanpa satu hinggapan titik hitam sekali pun..
Aku perlukan hidayah darimu Ilahi..
Namun,
Layakkah insan sedaif aku..
sekolot aku mengapai mantera semahal itu??
Sempatkah aku menghidu kebebasan??
sempatkan aku menghidu haruman kasihmu Ilahi??
Sedangkan kini aku seperti ikan yang hidup di atas darat..
sedangkan rohku milik Ilahi yang abadi..
sempatkah aku kembali kepada kebenaran??....

Seruan hatiku

Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu..Datanglah dekat..
Air mata ku mengalir..Mengharapkan mu..
Hanya padamu..
Dan jiwaku padamu..Wahai kasihku usia kita..
Usiaku..Seluruh hidupku untukmu..
Cinta mu adalah hayatku..Dirimu buat kita bercinta..
Sebenar-benar cinta..Hatiku disini..
Keindahan mu milikku..Jadi bersatu...
Hatiku memanggil..Harapkan engkau sentiasa setia...
Hanya dirimu..Selepas bertahun..Lihatlah sayang..
Kita berjumpa disini dan bersama..
Air mataku mengalir karna mu..
Engkaulah kekasih..Diriku hanya untukmu...
Seluruh hidupku..Usiaku..karna matamu..
Aku serah kan segalanya..
Hatiku memanggil..Harapkan engkau sentiasa setia..
Hanya dirimu..Selepas bertahun..Lihatlah sayang..
Kita berjumpa disini dan bersama..
Air mataku mengalir karna mu..
Engkaulah kekasih..Diriku hanya untukmu..
Seluruh hidupku..Usiaku..Karna matamu..
Aku serahkan segalanya..
Apa yang daku harapkan..Indahnya kau disisi bersamaku selamanya..
Katakanlah kepadaku..Diri ini..Sekian lama mengharapkan..
Hati ini..Perasaan ini..Bersama hati dan perasaan mu..
Cinta mu adalah hayatku..Dirimu buat kita bercinta..Sebenar-benar cinta..
Hatiku disini..Keindahanmu milikku...Jadi bersatu..
Hatiku memanggil..Harapkan engkau sentiasa setia..
Wahai maha pengasih...Andai diriku jatuh cinta..
Benihkanlah hatiku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-MU...
Wahai maha penyayang..Andai aku rindu..
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalan-MU....

08 Januari 2011

Rahsia tarikh lahir wanita

Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilanii) Air - kedua, Keenam, kesepuluhiii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelasiv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah : Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti :
Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.



Wanita berunsurkan Air : Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.


Wanita yang berunsurkan Api : Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api :
Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.Penasihat yang baik kepada suami.Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.


Wanita berunsur Angin : Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin :
Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami. Pandai bermain kata dan memujuk rayu.Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.Bijak mewujudkan suasana selesa. Hati yang cepat berubah ubah.

06 Januari 2011

HAPPY BESDAY SITI NORAZWIN BINTI SAIDIN...!!!!! ^_^

03 Januari 2011

Hijab ^__^


adik...
adik dah cukup cantik...betul wallahi...tapi tak payahlah tayang rambut tu...alah tutup elok elok kan lebih cantik...muka innocent budak sekolah...cute je kan...macam zaman nenek dulu dulu..barulah kata gadis melayu :))

adik...
adik dah cukup cantik...alah tak percaya...tapi tayahlah tayang dada tu...labuhkan kain tudung kan lebih cantik...tak payahlah suruh mata keranjang ni tolong ukur cup brapa...asal lalu je terpaksa teka...bukan boleh sentuh pun...18 kali sebat kalau nak cuba...tak sanggup dik aooiiii...tapi janganlah menggoda...orang puteh kata : simple is simply the best ker ape...


adik...
adik dah cukup cantik...senyumlah kalau suka...tapi tak payahlah tayang body sesuka...pakai baju kembang sikit...la cuba je..tak salah kan...hidung belang ni tak der la nak cari peluang nak tinjau sini sana...dah tak nampak nak intai buat apa? tunduk dah tentu tak nampak longkang kat dada...tonggek pun tak jadi ape...itupun kalau panjang baju tutup sampai peha...


adik...
adik dah cukup cantik...kalau abang tak pasang dua lah...tapi ada syaratnya...cuba pakai seluar kembang sikit...abang cemburu tau...abang punya orang lain mana boleh tengok ikut suka...adik nak pakai skirt ker mini skirt ker...tak nak pakai langsung pun tak per...tapi dalam bilik kita dedua..boleh...ha tengok...dah kata abang gatal pulak...abis yang adik pakai jeans ketas,kain belah sampai pangkal peha tu untuk sape? pikir balik tengok...sape yang menggatal goda menggoda?


adik...
adik dah cukup cantik...abang berani kata...tapi tolonglah percaya...adik yang terakhir...kalau empat tudung ni adik jaga....abang ikrar janji setia...

tudunglah wajah mu wahai sayang ku dari amukan nafsu syahwat yang sentiasa bergelora...
tudunglah suara mu wahai sayangku dari alunan manja menggoda bukan pada orangnya...
tudunglah hati mu wahai sayangku dari keindahan dunia yang pura pura lagi palsu semata mata...
tudunglah tingkah laku mu wahai sayangku dari undangan kejahatan yang berleluasa setiap masa...


adik...
tak apa kalau tak percaya...
besok kalau abang cari lain jangan marah ye :)) :P
hehehehehe
alah tak percaya...
nak sangat ke abang cuba?

(perkongsian bersama)

02 Januari 2011

Anak mak yang dulu nye degil

Mak..???
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari..
dah hampir sepuluh tahun mak pergi..
rasanya baru semalam mak peluk kita kan..



Mak tau tak....
itulah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kita dewasa..??
dan itu juga kali terakhir nya..
emmm..rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh..
nak tinggal kan anak2 mak...
nak tinggal kan dunia fana ni..
mak macam dah sedia...
seminggu sebelum tu...mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..
akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuuu...
tanpa rasa mengantuk..tanpa rasa letih..
kakak pun rasa hairan...mak tak pernah buat begitu..
lepas itu mak pasang radio di sebelah mak...
tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio ti siaran siam...
mak terus tekun menganyam...
rupanya tikar yang telah mak siapkan tu digunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

lepas itu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2...
lepas tu mak jemur karpet-karpet..
lepas tu mak ubahkan sofa ke tempat lain...mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...
paling menarik sekali mak bagi tahu kat mana semua duit dan barang kemas mak...
ada kat dalam almari....
ada kat dalam beg...ada dalam ASB...
ada kat dalam tabung haji...
mak cakap tak berapa cukup lagi...
ada kat dalam gulung tikar....
masa tu mak perasan takkk....??
kita gelak sakan bila mak bagi tahu duit dalam gulung tikar....
kita kata mak ni memang pesen lama laaaa...
mak cuma gelak saja....
eeemmmmm...bahagiaaa nya saat ituuuu....


Mak.....
jam 4.30 pagi 19/08/1999...
bila tiba saja kat hospital...nurse tengah balut mak dengan kain putih....
mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital....
mesti mak nampak abang cium dahi mak....
mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kan...kann...kaaannn..
mak tau tak...
pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita memandu dalam keadaan separuh sedar...
adik kat sebelah diam melayan perasaan...
kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam...
air mata dah tak mampu di tahan...
masa tu seandainya apa2 terjadi di jalan itu kita rela...
namun alhamdulillah akhirnya kita sampai juga di sebab kan pagi masih awal jadi jalan tu lenggang..
kosong...kosong..sekosong hati ini...
sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya....
terasa syahdu...dan sayu...begitu dinginnn.....


Mak.....
kita masih ingat lagi...
kita baca al-quran kat tepi mak...temankan makkk...
jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
anak-anak mak yang pangku mak masa mandi...
mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak..
kita gosok kaki mak perlahan-lahan...
mak perasan tak....??
makcik yang mandikan mak tu pujuk kita...
dia kata " dik...jangan nangis..kalau sayang mak jangan buat begitu..jangan nangis ya"
bila makcik tu kata begitu...
lagi laaa laju air mata ni...tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak...


Mak......
sampai takat ini surat ni kita tulis....
kita nangis ni...ni kat bilik..baru pukul 4.00 pagi...
tak ada orang yang bangun lagi...
kita dengar nasyid tajuk "anak soleh" kita sedih..kita rindu kat makkk..!!!
tak ape lah...nanti bila kita selesai solat subuh..kita baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya...!!


Mak.....
sebelum muka mak ditutup buat selamanya...
semua anak-anak mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir..
semua orang kata mak seolah-olah senyum saja....
mak rasa tak...masa tu kita sentuh dahi mak...
kita rasa sejukkkk sangat dahi mak...
kita tak mampu nak cium mak..kita tak daya...
kita tulis kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar..
air mata kita tak boleh tahan...
mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak....
jam 12.00 tengah hari mak di usung keluar dari rumah...
akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik...badan akak terasa panas...
makk...anak mak yang seorang tu demam...
mak tauuu...cuma akak seorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...



Mak....
hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam air mata...
dan sampai satu tahap..masa tu malam jumaat selepas maghrib...
selepas kita baca yassin dengan kawan2...
entah kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2 mak lepas itu ape lagi..
semakin kita tenung terasa semakin sayu..tangisan tak dapat dibendung..
mak tauuu..kita cuba bertahan....memujuk diri sendiri...tapi tak juga reda...
kita rasa nak telefon mak...nak cakap dengan mak...anak mak yang ni dah tak betul kan...??
dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon kampong...
kita cakap dengan kakak..kita nangis lagi...puas lah kakak pujuk kita...
akak kata "tak baik laaa nangis aje...doa lah untuk mak..nanti kalau gini saja..mak yang susah kat sana.."
dan akhirnya akak nangis juga...
agaknya mak nampak adegan tu...
sebab malam jumaat kata orang roh balik rumah....
mengharap sedekah dari anak-anak nya....


Mak tau tak..di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma..hanya sedekah al-fatihah kita berikan...


Mak....
cukup lah sampai sini dulu...kawan kita dah ketuk pintu bilik tu...
kelap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid..
selalunya..kita yang bawak mak naik moto kan...
kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak..
esok kita ingat nak tulis surat kat ayah pula...
mula2 kita tak tau nak hantar kat mana surat ini...
lepas itu kawan kita bagitahu..simpan saja buat kenganan...


kita cuma tau alamat ni aje...
tak mengapa ye mak...kita kasi orang lain baca...
kita stop dulu...sebab kawan kita dah lama tunggu tu..
akhir kata untuk mak..I LOVE U SO MUCH...dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kita....
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah...sampai masuk universiti...
sampai kita boleh rasa naik kapal terbang..boleh duduk kat negara orang..
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kita balas...


sekian terimakasih
yang benar
~anak mak yang dah tak degil~


(selagi kita mempunyai insan2 yang kita sayangi hargai la mereka..sebelum kita menyesal)