29 Ogos 2010

Wanita muslimah


Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya...Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki...

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.

Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.

Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).

Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.

Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.

Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.

Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.

Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian...

Andainya cinta itu hendak diberi

Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;

1.Kuat Pengamalan Agamanya
Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.

Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.

Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

2. Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;


"Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."


3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.

4. Amanah
Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.

5. Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.

6. Tidak Mengelingas Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.

7. Terbatas Pergaulan
Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.

8. Siapakah Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.

9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.


Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.
Cinta seorang wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah.

Dirimu begitu beharga

Wanita.....
Dahulu dirimu tiada nilainya,
Kau ditanam jika rupamu tidak rupawan,
Kau dibesarkan jika memiliki raut wajah kecantikan
Sebagai pemuas nafsu dan barang dagangan
ketika kau dewasa kelak.....

Wanita.....
Diangkat martabatmu ke tahap tertinggi
Selepas Islam tersebar
Dipertahankan hakmu dan Islam membelamu
Dari terus dirosakkan oleh lelaki yang bertuhankan nafsu

Wanita.....
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah
Kau dijamin memasuki syurga terlebih dahulu sebelum suamimu,
Telah dijanjikan nikmat-nikmat yang baik untukmu
Kerana kau menjaga kesucian dan harga dirimu
Dan juga cintamu pada Tuhan-Mu

Wanita.....
Kau memiliki kelembutan
kelembutanmu mampu menggoncang dunia
Kelembutanmu mampu mencairkan dan mendamaikan para lelaki
Seperti mana damainya Firaun tatkala ditenangkan oleh Asiah
Ketika Musa ingin dibunuh olehnya(Firaun)

Wanita.....
Kau tahu dirimu begitu berharga
Kau tahu dirimu begitu bernilai
Kau juga tahu kesucianmu begitu berharga

TETAPI.....

Mengapa kau berikan mahkotamu bukan pada suamimu
Mengapa kau rela menggadaikan maruahmu kerana wang ringgit?

Adakah kau lupa?
Wanita adalah yang terbanyak sekali menghuni Neraka Allah!

Adakah kau lupa?
Janji ALLAH itu pasti ...

Wanita.....
Mengapa kau berasa takut dan malu
Selepas nafsumu dipenuhi
Mengapa baru terbit sifat malumu
Ketika kau mendapati dirimu telah hamil
Hasil perbuatan kejimu
dan kemudiannya kau mengambil jalan pintas
Menggugurkan kandunganmu,
membunuh anakmu,
membuang bayi kecilmu yang tidak mengerti apa-apa
walaupun zahirnya anak itu adalah hasil di luar pernikahan

namun...

Ingatlah
Setiap anak yang lahir di dunia ini fitrahnya adalah suci,
Ibarat kain putih yang bersih,
Ibu bapalah yang akan mencorak anak itu

Tetapi....
Hakikatnya,
Kau membuang zuriatmu,
Zuriatmu yang akan mendoakan kesejahteraanmu
ketika kau hidup, dan ketika kau sudah tiada,
Kau membuang zuriatmu di tempat-tempat yang merbahaya,
Menjadi santapan kepada haiwan-haiwan liar
yang sentiasa berkeliaran di mana-mana,

Wanita.....
Sedarlah.....
Sedarlah dari mimpi-mimpi yang tidak pasti,
Jangan kau biarkan dirimu disentuh oleh kumbang-kumbang larangan
Yang hanya ingin menghirup madumu,
Dan meninggalkanmu selepas ia merasa puas

Wanita....
Ingatlah dirimu begitu berharga
Biarlah kau dikatakan sombong
Asalkan kau tahu mana baik dan buruknya
Demi menjaga maruah dirimu
Jangan sekali kau serahkan jiwa dan ragamu
kepada kekasihmu....
kerana belum tentu ia akan menjadi suamimu....

Wanita....
Ingatlah sang lelaki amat bijak bermain kata-kata
Mereka amat bijak dalam tipu daya
Mereka akan berusaha mencapai apa yang mereka hajati
Sehingga mereka jemu dengan apa yang telah mereka rasai

Wanita.....
Tidakkah kau sedar semua ini
Mengapa kau masih bergembira dengan kekasihmu
Tidakkah kau sedar,
Dirimu sentiasa dalam pengawasan Tuhan-Mu?

Wanita.....
Sedarlah
Jangan kau mengikut jejak Jahiliyah
Hargailah dirimu yang tinggi d sisi islam
Hargailah mahkotamu yang sangat berharga
Insaflah dengan perbuatan silammu
masih belum terlambat untuk segalanya
Kerana TuhanMu itu Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani'

Wanita....
Labuhkanlah cintamu kepada Tuhan-Mu
kerna Tuhan-Mu akan lebih mencintaimu
dan Dia akan memberi kepadamu cinta yang sebenar.....

Wanita....
Hiasilah dirimu dan Jagalah peribadimu
Semoga dirimu berjaya menjadi wanita yang solehah
dan disayangi oleh Tuhan-Mu

19 Ogos 2010

Wanita dan Hijab

Kenapa wanita cantik pakai tudung...

Sebab mereka nak menutup aurat..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab mereka menjaga maruah diri dan keluarga..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab..sebab mereka cantik..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab mereka tak nak tunjuk kecantikan mereka..

Kecuali pada yang berhak..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab mereka seorang yang pandai..pandai jaga diri..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab mereka anak solehah..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab mereka dengar cakap mak bapa mereka..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab mereka hormati orang lain..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab takut apabila mereka tidak memakai tudung

orang tengok mereka cantik..dan ada niat yang tidak baik..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab tidak mahu diminati ramai lelaki..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab tidak mahu menyusahkan orang lain..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab dapat pahala..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab dapat menghindari daripada maksiat..insyaallah..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab supaya dapat menjadi contoh kepada wanita lain..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab supaya lelaki yang beiman sahaje yang menyukai nye..insyaallah..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab mendengar suruhan nabi..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab rambut wanita adalah mahkota baginya..

jadi mereka tidak sewenang2nya menujuk kepada lelaki..

kerana jika mereka menunjukkan maknanya mereka dah tidak bernilai

kerana mahkota mereka telah dilihat oleh semua lelaki (kecuali lelaki)..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab mereka patuh pada suami..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab paling penting..mereka adalah orang ISLAM..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab al-quran suruh mereka memakai tudung..

kalau orang islam tapi tidak berpegang pada

al-quran nak berpegang pada apa lagi..??

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Pasal korang memang cantik laa kalau pakai tudung..

Orang lelaki memang suka wanita yang pakai tudung..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Pasal mereka tahu kalau mereka tidak memakai tudung

mereka akan "syok" sendiri yang mereka lawa..

Rugilah kalau macam tu..

Pakai laa tudung wahai muslimah islam..serius ni..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Pasal mereka tak mahu orang lelaki suka mereka pasal nafsu..

mesti nak dekat mereka pasal agama dan akalnya..

Kenapa wanita cantik pakai tudung..

Sebab banyak lagi sebab nya..



Jadi wanita diluar sana marilah memakai tudung..
Kerana anda lebih cantik jika memakai tudung..
Sesungguhnya allah suka akan hambanya mengikuti perintahnya..
Kalau korang pakai tudung mesti lelaki yang baik akan mendekati korang..
Dan lelaki yang jahat akan menjauhi korang..INSYAALLAH..
Ingatlah..menutup aurat iti adalah wajib..seperti suruhan allah yang lain..
seperti solat,,puasa dan zakat..
Jika korang menunaikan solat kerana mematuhi perintah allah..
Maka pakailah tudung juga kerana mematuhi perintah allah..
Rukun iman yang pertama beriman kepada allah..
Dengan mematuhi perintah allah dan meninggalkan larangannya..
Sekiranya korang tidak menutup aurat..
Ini bermakna korang tidak mematuhi rukun iman yang pertama....
"KEHIDUPAN DIDUNIA TIDAK LAIN HANYALAH
KESENANGAN YANG MEMPERDAYAKAN"
ali imran 185

18 Ogos 2010

Sahabat-sahabat ku


Wahai sahabat ku..
Ketahuilah jalan itu masih panjang..
Kadang kala ia lurus..
kadang kala ia berliku-liku..
Dan penuh dengan duri..
Ada kalanya kita berlari..
Ada kalanya kita terpaksa merangkak..
Tetapi ketahuilah sahabatku..
Janji itu pasti..
Oleh itu,,korbanlah semangat mu..
Menemui sesuatu yang bernama firdausi..
Moga allah redhai kita dijalannya..
Insyaallah..
aminnn..

16 Ogos 2010

Mengapa ada pertemuan..
Dan akhir nye terjadi perpisahan..
Kenapa???
Pedih hati untuk lalui saat-saat ni..
Tapi ape kan daya aku..
Aku hanya manusia biasa..
Aku harus redha dengan setiap ujian dari nya..
Tabahkan lah hati hamba mu ini ya allah..
Di atas perpisahan ini..
Aminnn..

Redha

Usah disalah kan takdir yang melanda..
Renung kembali sejarah silam..
Dengan membiarkan ku sendiri..
Ku terumbang ambing mengenal diri..
Mujurlah Allah itu mengasihi..
Aku diberi arah pertunjuk..
Berlindung dengan allah..
Meneruskan kehidupan ku mengenal..
makna dosa dan pahala..
Dengan kehendaknya kau datang semula menghampiri ku..
Dan aku terpaku hingga ku hilang tiap bicara..
Bukan ku menjauhi tetapi amat sukar sekali..
Bila kenang kembali..
Aku disisih dan dibuang ketepi..
Malah aku tidak dipeduli..
Allah maha mengetahui yang ada dihati..
biar dia menentukan nya..
Dengan kehendaknya ya allah..
kau datang semula menghampiriku..
Dan aku terpaku hingga hilang tiap bicara..
Bukan ku menjauhi tetapi amat sukar sekali..
Bila kenang kembali..
Aku disisih dan dibuang ketepi..
Malah aku tidak dipeduli..
Allah maha mengetahui yang ada dihati..
biar dia menentukan nya..
Usah disalah kan takdir yang melanda..
Renung kembali sejarah silam..
Ku redha dan sedia terima yang..
tertulis dalam kehendaknya..

11 Ogos 2010

Ya Ramadan Al-Mubarak kembali lagi


Salam..Alhamdulilah..

Ramadan al-mubarak kembali lagi..

Dan tuhan masih panjangkan nyawa ana untuk

Menyempurnakan ramahdan kali ini..

Ana bersyukur ke hadrat illahi kerna diberi lagi

Peluang untuk beribadah di bulan yang mulia ni..

Alhamdulilah..

Tahun ini ana berasa bersemangat untuk

menyambut ramahdan..

Mungkin kerana ana mempunyai

sahabat-sahabat baru..hehe..^__^

Ana harap ramadan kali ini akan bererti buat diri ana..

Walaupun menyambut nya ala kadar sahaja..

Erm..solat terawih yang ana tidak sabar nanti kan..^__^

Hanya setahun sekali..akan ana hargai nye..

Mudah-mudahan amalan ana pada bulan yang mulia

ini diberkati allah swt..

Kepada NUR IMAN KHUMAIRA,,KHAIRUNNISA,,

NORAZIMAH,,DIANA dan THARA..

Selamat menyambut ramadan al-mubarak..

Ana harap kalian dirahmati allah di bulan

yang mulia ini..AMIN..

Moga persahabatan kita kekal ke akhir hayat

hendak nye..INSYALLAH..

05 Ogos 2010

wanita dan lelaki saling melengkapi


Wanita tidak semestinya memerlukan seorang lelaki,,tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan..Cinta itu anugerah ..Mengapa wanita memerlukan lelaki didalam hidupnya?? untuk beberape waktu dahulu,,ia begitu memukul-mukul kepala..Ya..apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat,,berkenyit-kenyit mata pada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan..
Saya mempunyai seorang rakan,,sederhana cantik,tidak terlalu kurus,,tidak terlalu gemuk,,tidak burut,,tidak terlalu jelita ,,manisnya ada,,santunya memikat orang tua,,beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk bersolat,,dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo..Tetapi saya fikir,,saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya..Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagian cinta kawan-kawan membuatnya cemburu dan membuatnya selalu terfikir-fikir..Apakah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?? Cinta tidak datang dipaksa-paksa ..Cinta tidak juga datang kala kita meluahkannya..Jika kita mahukan ia menjadi air,,ia datang seperti api..Tetapi ,jika kita bersabar dan menerima ketentuan allah..Seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga..Lelaki yang baik itu juga tidak diturunkan dari langit..Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap,,berjanggut selambak atau harta membuak-buak..Tetapi lelaki yang baik,,jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat,,membimbing kelakuan kita,,menjaga kemurnian kalbu bersama-sama mendidik membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatinya..Dia datang apabila tiba masanya..Lambat atau cepat,,maafkan saya,,kerana allah yang lebih mengetahui..Kawan..kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kaki nya..Dia menyempurnakan kita..Namun,tidak kira semasyhuk mana sekali pun perkasihan dua jantina..Selain pekara yang cantik-canti dan molek-molek,,kita,,wanita,,harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan..Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk disamping kita untuk sepanjang hayat,,bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring dibahu kita..Dan kerana tuhan yang maha kuasa dan maha pencipta,,kita wanita,,kita ini dicptakan daripada lengkungan rusuk lelaki,,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki,,tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki..Tetapi kerana ciptaan uhan itu indah,,kita terbit daripada rusuk lelaki,,bukan kepala untuk dijunjungi,,bukan dekat dibahu untuk membebani,,bukan dekat lengan untuk dijulangi,,bukan dekat dijari untuk disakiti,,bukan dekat dipinggul untuk dihenyaki,,bukan dekat dilutut untuk ditindihi,,tetapi dekat dipelusuk hati untuk dimulia,,disayangi dan dicintai..
ANDAI LELAKI ITU BURUNG YANG TERBANG,,KITA ADALAH ANGIN LEMBUT YANG BERSISIR-SISIRAN SEPANJANG PERJALANAN..TETAPI KERANA FITNAH KEJADIAN TUHAN,,WANITA ITU KEBERGANTUNGAN HIDUPNYA HARUS SAJA DISERAHKAN KEPADA SEORANG LELAKI YANG BOLEH MELINDUNGI,,MAKA KITA PUN TIDAK SELAMANYA MAHU MENJADI ANGIN SEMATA-MATA...KITA MAHU MENJADI BUNGA,,MENGHIASI SAYAPNYA..KITA MAHU TERUS BERSAMA TERBANG DARI RENDAH PERKEBUNAN BUNGA HINGGA KE SAYUP LANGIT TERBUA,,SEHINGGA JALANNYA YANG PALING HUJUNG,,SEHINGGA KITA TUA,,RAPUH DAN MATI..TETAPI KITA BAHAGIA DALAM DAKAPANNYA..SEMOGA KITA SEMUA DI KETEMUKAN DENGAN JODOH YANG BAIK...Insyaallah..Aminnn...

tips mengatasi putus cinta

Kembali kepada-Nya
-banyak kan beribadah termasuk melakukan amalan sunat,,luangkan lah lebih masa dengan nya..

Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan allah
-Anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada allah dan ada hikmah disebalikny..
Sesungguhnya allah tidak menurunkan ujian jika hamba-nya tidak mampu untuk menanggung-nya..bersabarlah..

Meminta nasihat ibu bapa atau orang yang terdekat
-Ibubapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita..Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibubapa,,sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik..Jangan pendamkan didalam hati,,nanti semakin merana diri..

Buang semua tentang sidia
-Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua,,letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya..Buang nombor sidia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda..

sibukkan diri
-Lakukan apa-apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda..Supaya anda tidak terlalu memikirkannya..Sekiranya ada aktiviti,,libatkan diri..Insyaallah..Dengan ini boleh mengurangkan kesedihan yang melanda..

Muhasabah diri
-Jangan ikutkan perasan,,terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda..Ada yang lebih baik menanti anda..Insyaallah..

Bekawan dengan ramai orang
-Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul..Namun,,kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah..Menambah kenalan adalah baik dalam menggukuhkan ukhwah..Disamping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit..

DENGAN PERKONGSIAN INI,,DIHARAPKAN SERBA SEDIKIT DAPAT MEMBANTU MUSLIMAH SEKALIAN YANG MUNGKIN MENGHADAPI MASALAH PUTUS CINTA..
SEKALI LAGI DIINGATKAN..BERCINTA TANPA IKATAN YANG SAH ADALAH HARAM..KESANNYA SEPERTI INI,,PUTUS CINTA..AKHIRNYA DIRI SENDIRI YANG MERANA..
AYUH MUSLIMAH..BANGKITLAH DENGAN KEKUATAN DIRIMU..CINTA MANUSIA BUKANLAH SEGALANYA,,TETAPI CINTA KAPADA ALLAH IALAH CINTA YANG HAKIKI..SAMPAI SUATU KETIKA DENGAN ADANYA CINTA TERHADAP-NYA..SEMOGA DIA AKAN MENJODOHKANMU DENGAN LELAKI YANG MENCINTAIMU UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN-NYA..Aminnn..