30 Mac 2011

: apa khabar jodohku :

Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup..Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?


"Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku"..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu,

bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu..

Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang..

Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang..

Kadang–kadang aku berfikir,

apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku?

Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu,

gelisah pula hati ini memikirkanmu.

Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?

Dan apakah nanti saat zuhur tiba,

kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara,

untuk menghadapNya?


"Jodohku, sihatkah kamu?"..

Kalau aku berada disamping mu saat ini,

mungkin aku akan merawatmu

dengan penuh kasih sayang.


"Jodohku sabar dan tenanglah"..

Aku disini masih bersabar menanti mu,

Hatimu tidak terluka kan? senyumlah..

kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita,

Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah..

dan mendekatlah diri kepada-Nya.

Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..


"Jodohku, aku rindu"..

Bilakah kita akan bertemu?

Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu..

Begitu banyak pula harapanku untuk

menantikan nasihat – nasihat mu..

Hati ini kosong..

dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang

kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.


"Jodohku"…

Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu?

Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?

Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku..

Aku sedia mendengar, dan begitu juga

dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang?

semakin baikkah? Aku berharap seperti itu,


"Jodohku"..

disetiap langkahku dan seusai solatku..

ku bisikkan AL-Fatihah untukmu,

agar kau selalu berada dijalan-Nya..

Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..

jangan sampai kau tersalah jalan sayang..

"Jodohku"..

nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya

akan membawa Rahmat untuk kita,

Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama..

Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas


"Jodohku"..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan

mahu menerima segala kekuranganku.

Dan membenarkanku dikala aku salah.

Sayang…

berusahalah membahagiakan orang tuamu…

dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu..

Aku yakin kau adalah orang yang sabar,

orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak

Jangan pernah merasa keseorangan..

kerana aku disini masih setia menantimu..


"Jodohku"..

kalau siang sudah berlalu..

pejamkan matamu dengan buaian doa,

begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…

Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar.

Amin…

"Jodohku"..

Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini,

memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu, Ingatlah sayang.. aku selalu ada untukmu..

Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..


Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu..

: benarkah wanita diciptakan untuk dilindungi..?? :



Allah SWT tidak menciptakan wanita dari kepala lelaki untuk dijadikan atasannya..Tidak juga Allah SWT menciptakan wanita dari kaki lelaki untuk dijadikan bawahannya..Tetapi Allah menciptakan wanita dari tulang rusuk lelaki, dekat dengan lengannya untuk dilindunginya, dan dekat dengan hatinya untuk dicintainya.. Allah SWT tidak menciptakan wanita atau sebagai barang pertukaran, apatah lagi sekadar objek buat lelaki..Tetapi Allah SWT menciptakan wanita sebagai teman yang mendampingi hidup Adam tatkala kesepian di syurga..Allah SWT juga menciptakan wanita sebagai pasangan hidup lelaki yang akan menyempurnakan hidupnya sekaligus melahirnya generasi, disamping tunduk dan beribadah kepada Allah SWT.. Tetapi, mengapa ada lelaki yang tunduk di bawah kaki wanita..Mengemis cintanya, berharap kasih sayangnya dengan menggadaikan kepemimpinan, bahkan kehormatan dan harga dirinya.. Wanita dipuja bagai dewa, disanjung bagai Dewi Shinta, yang banyak menyebabkan lelaki buta mata, buta telinga, bahkan buta mata hatinya..Namun ada juga yang menganggap rendah wanita. Wanita dinista, dihina..Kesuciannya dijadikan objek yang tidak bernilai harganya.. Tenaganya dieksploitasi bagaikan kuda..Kelembutannya dijadikan transaksi murahan yang tak seimbang nilainya.. Wanita dijadikan sekedar pemuas nafsu, bila habis madunya, dengan seenaknya dibuang ke tempat sampah, atau dianggap selipar jepun yang tak berguna.. Jika wanita itu adalah ibu kita, kakak atau adik perempuan kita, dan anak kita, relakah kita melihat mereka menjajakan diri didalam gelap malam yang mencekam..Relakah kita melihat mereka membanting tulang mengumpulkan ringgit atau sebagai risikonya dengan mayat terbujur kaku?.. Jika wanita itu adalah ibu kita, kakak atau adik perempuan kita, dan anak kita, relakah kita membiarkannya seperti jasad hidup yang tidak memiliki nilai?.. Jika wanita itu adalah ibu kita, kakak atau adik perempuan kita, dan anak kita, relakah kita membiarkannya lapar, liar, ganas, tidak berpendidikan, bodoh, dungu, hanya kerana ketidakmampuan ayah memberi nafkah, kerana ketidakmampuan kita medidik dan mencintainya, kerana ketidakmampuan kita melindunginya, sebagaimana Allah menciptakan wanita dari tulang rusuk lelaki, dekat dengan lengannya untuk dilindunginya, dekat dengan hatinya untuk dicintainny.. Dia tetap wanita, yang diciptakan Allah SWT dengan segala kelebihan dan kekuranganya..Tidak layak manusia dengan akalnya yang kerdil ini mengganti kedudukannya apa lagi fitrahnya.. Wanita bagaikan sekuntum bunga terpelihara, tidak semua kumbang boleh menghisap madunya..Berlemah lembutlah dalam melayan mereka, kerana jika tidak, mereka boleh menjadi seganas serigala..

29 Mac 2011

~mengurat dan bercinta menurut islam~

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat..Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?..Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam..Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”..Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.. Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram..Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.. Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan..Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin.. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.. Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta..Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.. Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan..Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan..Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara..Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat..Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.. Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan..Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang. Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam..Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik..Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.. Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan..Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.. Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi..Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat..Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.. Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl..Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah..Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl..Baginda berkata : "Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890) ".. Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya..Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.. Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta..Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.. Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta..Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia..Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta..Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda : "tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.".. Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda : "bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.".. Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah..Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta..Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab...

27 Mac 2011

Kalimah cinta


Pepohon cinta ku kian merimbun....Semakin dicantas makin bertunas

Tidak mampu mendustai hatiku....Rasa cinta fitra manusia

Siapalah aku menolak cinta yang....Hadir dijiwa tanpa dipaksa

Hidup ini tidak akan sempurna....Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam hawa bercinta di syurga....Angkara iblis terpisah menderita

Kerana cinta mereka setia....Bertemu didunia

Dengan cinta kenal Pencipta....Dengan cinta kenal Rasulnya

Kerana cinta kenal saudara....Bahagia keluarga

Oh...indahnya cinta

Adam hawa bercinta di syurga....Angkara iblis terpisah menderita

Kerana cinta mereka setia....Bertemu didunia

setia cintanya....Kerna yang Maha Esa

Dengan cinta kenal Pencipta....Dengan cinta kenal Rasulnya

Kerana cinta kenal saudara....Bahagia keluarga

Hidup tanpa cinta sengsaralah jiwa....Sengketa dan dusta yang merajai jiwa

Dibatasan cinta syariat terjaga....Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMu Tuhan....Betapa agungnya kebesaranMu

Diri ini mengharapkan cintaMu....Kekalkanlah rasa kehambaan ku


12 Mac 2011

pergimu tiada ganti

Thursday, March 10, 2011

SAHABAT...

sahabat...
pergi mu tiada ganti nya..walau payah untk kami terima tapi kami tetap redha kerna ini semua takdir ILAHI..telah sampai masa nya DIA mengambil mu kembali...kami disini hanya mampu iringin pemergian mu dgn doa setulus hati kami..kau sahabat dunia akhirat kami..semoga roh mu (shahrizal) dicucuri rahmat dan ditempat kan dikalangan org2 beriman..al-fatihah..amin..


09 mac 2011,aku telah kehilangan seorang insan yg bernama Shahrizal..seorang sahabat yg sangat baik..die telah kembali ke-Rahmatullah sbb xcident..bile ibu call pg2,hati da xsedap..ble dapat je berita ni,aku mcm org sasau..xbole nak buat ape da..aku hanya mampu menangisi pemergiannya..aku still xdapat terime kenyataan yg die da xde..Ya Allah,bantulah hambamu ini Ya Allah..


Shah,we're gonna miss u shah..ktorang akan sentiasa ingat memori2 sepanjang kita bergelar sahabat..bergurau,ketawa,makan,minum & apa je yg pernah kta lakukan bersama..kami akan rindu semua tu shah..lepas ni da xde sape nak cari gado dgn aku..rindu nye kat kau shah..xtau la cam mane nak terime yg kau sebenarnye da x lagi bersama ktorang..Ya Allah, jika diberi peluang utk aku mengucapkan kata-kata terakhir buat sahabat ku ini,ingin aku ucapkan terima kasih kerana telah menjadi sebahagian dari kenangan kami..aku nak mintak maaf klaw ade buat kau marah and so on..halalkan makn minum n ape je yg pernah kau bg slama ni..aku xkan lupe kan kenangan yg dah kte lalui bersama..walau xdapat jmpe buat kali terakhir,doa aku akan sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan kau di sana..hanya Allah je yg tahu mcm mane perasaan aku skarang ni..sedih yg teramat sangat..sedih yg xpernah aku rase slama ni..sedih krana pemergian seorang sahabat yang sangat aku sayangi..walau ape pun yg berlaku,aku harus terima qada' dan qadar Allah..aku harus terima knyataan yg aku dah kehilangan seorang sahabat..

Shah,smoga roh kau di cucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 beriman..Yallah,kau ampunilah dosa sahabat ku ini didunia dan di akhirat ya Allah..smoga roh mu tenang di sana wahai sahabat ku..

kau sahabat yang pernah buat kami gembira..senang..sakit hati..menyampah..bengang dgn perangai kau yg suka menyakat..
tapi akhir sekali kau buat kami "menangis" tanpa henti bila kau pergi tinggal kan kami tanpa sebarang kata..

Sahabat,
batapa pilunya hati
m'hadapi perpisahan ini
pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama
semoga Allah s.w.t meredhai p'sahabatan ini & p'pisahan ini
teruskanlah perjuanganmu
hanya doaku yg mampu mengiringimu..











08 Mac 2011

Jangan terlalu baik..saya akan merindui awak

Malam tadi, sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.

Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”

“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”

“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”


“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”


“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”


“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”


“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”


“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”


“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”

07 Mac 2011

Hanya pada-Mu

Tuhan...
kubisikkan kerinduan..
keinsafan..pengharapan...

Tuhan...
kusembahkan pengorbanan...
membuktikan kecintaan..

Tuhan...
munajatku mohon restu...semoga cintaku bukan palsu...
pada desiran penuh syahdu...gelombang lautan rinduku...
munajatku dalam syahdu...merindui Maghfirah-Mu...
Mardhiah-Mu dalam restu...harapan tulusnya hatiku...

Kurindukan pimpinan-Mu...keagungan-Mu dalam doaku...
Kebesaran pada kudrat-Mu...ia membina rohaniku...

Ujian kepahitan..didalam perjuangan...
Padanya ada kemanisan...ketenangan dan kebahagian...
Padanya syurga idaman...

puteri muslimah hati


Ummah derita engkau pengubatnya...

Kelembutanmu penawar sengsara...

Engkau penyeri islam dan tamannya...

Tanganmu akan menggoncang dunia...

Wahai puteri kau muslimah sejati...

Teguhkan iman takwamu di hati...

Taqarrub billah takhta peribadi...

Amalmu menjadi bukti...

Sabarmu dikagumi pasrah pada Ilahi...

Redha menghadapi mehnah Rabbul izzati...

Usah ditangisi takdir yang sudah pasti...

Pengorbananmu kan disanjungi...

06 Mac 2011

:: Doa pelembut hati ::

Ya Allah...
kurniakanlah kami lidah yang lembut basah dengan mengingati dan menyebut nama-Mu..
hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu...

Ya Allah...
kurniakanlah kami iman yang sempurna..hati yang khusyuk..ilmu yang berguna serta keyakinan yang benar-benar mantap...

Ya Allah...
kurniakanlah kami agama yang betul..selamat daripada mara bahaya dan petaka...
kami mohon ya ALLAH..

kecukupan supaya kami tidak meminta-minta..berikanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain daripada KAU sendiri...

Jangan ya ALLAH...
engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri...walau sekelip mata atau kadar lebih pendek daripada itu...

wahai TUHAN yang paling cepat dan mudah memperkenankan..perkenanlah permintaan kami ini...

selawat dan restu-MU buat junjungan kami...Muhammad yang mulia..keluarga dan para sahabat baginda seluruhnya.. (doa ma'thurat)...