15 Mei 2011

~~masih mencari~~

terkesima aku sebentar~
melihat mereka bahagia di samping insan tersayang~ sedangkan aku? sering kali dikecewakan dan terus dikecewakan~ aku tak pernah dapat memiliki cinta sejati~ mungkin aku tak layak menerima semua itu?
ya allah~
kuatkan semangat ku utk menerima setiap dugaan yg mendatang... semoga kau menutup mata ku agar aku tidak mencemburui kebahagiaan yg kau kurniakan kepada orang lain~ apa yg aku inginkan... cuma berikan aku ketabahan untuk mengharungi liku2 kehidupan yg mendatang dengan penuh redha~ biarpun aku terpksa menempuh dugaan ini keseorangan~
pagi ini~
tatkala si bilal melaungkan azannya~ mengajak para umat Islam menunaikan kewajiban nya kepada yg Ilahi~ aku merintih~ apakah aku akan sebegini terus menerus? tidak akan memperoleh sedikit kebahagiaan? airamata yg suda lama tidak menitis~ akhirnya~ berlinang juga.... ya allah~ ingin sahaja aku membelai wajahnya itu~ ingin ku tatap mata itu~ ingin ku bersamanya setiap duka dan suka~ cuma~ apakah impian itu akan menjadi nyata?
ketika ini~
aku masih lagy tertanya tanya~ apakah aku bakal memiliki satu kebahagiaan yg lebih daripada orang laen? adakah aku akan menjadi sang permaisuri di hati jejaka itu?? apakah aku akan dapat memegang tangannya utk bersama2 meneruskan perjuangan hidup kami di jalan mu ya allah? adakah aku dapat memiliki si raja yang bakal memimpin aku dengan setulus hati nya ke jalan mu? apakah dia dapat menyayangi ku sebagaimana dia menyayangi Mu ya allah??
ya allah~
betapa cemburunya aku melihat kebahagiaan orang laen bersama si dia yg tersayang!
salahkah aku mencemburui dan ingin memiliki rasa itu juga~ ya allah~ aku pasrah~ jika ini ditakdirkan kepadaku~ biarlah aku tenang menghadapinya~ jangan lah Kau menguji aku lagi~ tak terntanggung rasa nya dugaan2 yg Kau berikan~ aku rindukan Mu ya allah~ jagalah aku~ jagalah hati aku daripada api cemburu~ jauhakan aku dengan perasaan itu~
ya allah~
aku sanggup menjauhkan diri aku daripada si dia~ asalkn aku dapat melihat kebahagiaan dan senyuman di bibirnya~
ya allah~
peliharalah dia dari segala resah yg melanda dalam hubungan kami~
bukan salah dia~ aku yg terlalu mendesak~

awk~
saya akan pergi~
saya akan jauhkan diri daripada awk~
saya takkan ganggu awk buat sementara waktu...
awak~
i will miss so much~
take care ok~
awak...
saya sayangkan awak...
saya kenal sayang saya...
awak manja bila dgn saya...
walaupun sekadar sahabat...
awak terlalu memanjakan saya...

awak berikan segala yg saya perlukan...
awak...
maafkan saya....
saya ada untuk awak...
ingat tu~

07 Mei 2011

~~ketika wanita ini menangis~~

Saudara-saudaraku adam......
ketahuilah bahawasanya..
ketika wanita menangis..,
bukan bererti dia tidak berusaha menahannya..,
melainkan kerana pertahanannya sudah tidak mampu lagi membendung air mata..,
ketika wanita menangis,..
bukan bererti dia ingin mencari perhatian,..
melainkan kerana apa yang dia perhatikan telah mengaibkannya,..
ketika wanita menangis..,
bukan kerana dia ingin dilihat lemah..,
melainkan kerana dia tidak sanggup berpura-pura kuat,..
ketika wanita menangis..,
bukan bererti dia ingin membuat orang rasa bersalah..,
melainkan kerana dia sendiri tidak tahu apa yang membuat dia sedih..
ketika wanita menangis,..
jangan lah engkau menganggap mereka lemah,..
kerana engaku juga yang menyebabkan air mata itu mengalir..

05 Mei 2011

Pergilah engkau dari hidup ku ini~~

Mungkin sudah kehendak dan takdir tuhan untuk kita berkawan dan membuat aku jatuh sayang pada diri kau..bukan aku pinta untuk mempunyai perasaan seperti ini terhadap kau tapi ini adalah anugerah dari ALLAH S.W.T yang telah singgah dihati aku ini..aku ikhlas menyayangi diri kau sebagai kawan tapi aku takut untuk mengakui menyayangi kau sebagai “kekasih” kerna aku tahu aku bukan siapa-siapa bagi kau..aku tahu, aku salah seorang “friendlist fb” kau yang ramai tu..aku sedar aku x setanding diorang..tapi aku juga insan biasa yang ingin dicintai dan menyintai..
Tentang perasaan ini aku pernah memberi tahu kau apa yang tersimpan dalam hati aku..seperti yang sering orang katakan ”bila cinta berputik..seelok-eloknya luahkan segera supaya tidak terlepas ke tangan orang lain..” erm.. “tapi bila kita luahkan perasaan kita dan orang itu tidak dapat terima..bukan kah lagi sakit hati kita ini..lebih baik pendam perasaan ini dari disakiti..”..Ya aku ucapkan sayang aku pada kau..tapi apa yang aku dapat..?? aku hanya dapat sebuah kesakitan, kesedihan dan kekecewaan yang teramat sangat..sehingga aku tak dapat kawal perasaan sedih ini bila kenang kan diri kau..bila duduk berseorangan aku mula sedar aku tak layak untuk kau tapi aku mahu kau sedar lah bahawa aku juga manusia biasa yang ingin disayangi dan menyayangi..Cumanya aku telah tersalah sayang kan diri kau..
Mengapa kau tak mengerti akan perasaan aku ini..setiap malam aku sering mengenang kan sikap kau yang terlalu ego itu..setelah sayang aku tidak disambut, aku sering berdoa agar aku dapat melupakan kan diri kau tapi apa yang terjadi sebalik nya..aku sering terfikir kan diri kau dan kau makin kerap muncul dalam ingatan aku..
Mungkin antara kita sampai disini sahaja..aku berharap sangat agar kau pergi jauh dari hidup aku..biar kenangan yang pernah kita lalui sebagai “kawan” menjadi kenangan lalu kita..aku tak sanggup berhadapan dengan kau lagi..biar lah masa dan takdir yang menentukan semua nya..aku pasrah..
Pergilah engkau..pergilah jauh dari hidup aku..agar aku dapat melupakan diri kau buat selamanya..tuhan sahaja yang tahu tentang perasaan aku yang berperang dengan suasana.. terima kasih kerna telah membuat aku kenal akan ertinya sebuah kesakitan, kesedihan dan kekecewaan..
Terima kasih atas segalanya..maafkan aku kerna membiarkan perasaan ini wujud dalam hati aku..izinkan aku menyayangi diri kau hingga ke akhir nya..walau tiada balasan..aku redha..
kita tak menduga dari kenalan lahir sayang
hingga ku terlupa kau siapa setulus kasih ku kalung kan
dan selautan sayang kau singkir kan ke persada hampa
(aku yang ikhlas)