21 Februari 2011

Hikmah vs Nikmat

Jika dengan hikmah ALLAH..satu jalan ditutup dihadapanmu..maka dengan rahmat-NYA..DIA akan membuka jalan lain bagimu yang lebih bermanfaat daripada jalan yang pertama.. (Abdullah Alwi Al-Haddad)..

Janganlah kalian berdukacita di atas dugaan yang menimpa ini..sesungguhnya ALLAH telah memberikan kepadaku empat orang anak..yang satu diambil dan masih ada tiga orang lagi ditinggalkan untukku..Alhmadulillah..

ALLAH telah memberikan kepadaku empat anggota badan..satu di antaranya telah diambil dan yang tiga lagi masih ditinggalkan untukku...

Alhamdulillah...

Demi ALLAH..kalaupun DIA mengambil sedikit daripadaku..DIA telah memberikan kepadaku yang lebih banyak..kalaupun DIA mengujiku sekali..DIA telah memberikan keselamatan kepadaku berkali-kali... ( urwah bin zubair)..

Seseorang tidak akan mengerti akan kedudukan suatu nikmat kecuali dia berada pada keadaan yang berlawanan dengan nikmat itu..dan tidak akan terhibur seseorang yang ditimpa dugaan kecuali mengetahui ada orang lain yang ditimpa dugaan seperti dirinya.. (Abdullah bin Alwi Al-Haddad)

Umar al- khattab hampir tidak pernah mencela makanan..seorang pembantunya, Yarfa pernah berkata : "aku benar-benar akan menyediakan makanan agar umar mencelanya." Maka dia membuat susu yang masam lalu menghulurkannya kepada umar..ketika meminumnya..dia mengerutkan dahi sambil berkata : " alangkah enaknya minuman daripada rezeki ALLAH ini." ( Hanasy bin Al-Harith)..

Janji..

Tarikh keramat itu...
Mengikat sebuah janji...
Walau tak pernah bertemu...
Walau tak pernah mengenali...

Kerana yakinkan agamaku...
Kau melangkah datang...
Kerana yakinkan agamamu...
Janji ini keserahkan...

Kutertunduk malu-maluan...
Kau tersipu dalam senyuman...
Dua keluarga duduk berhadapan...
Merancang sebuah penyusunan...

Hari-hari pertunangan melewati...
Bumi kenyalang kau redahi...
Bumi damsyiq ku jejaki...
Memburu ilmu demi reda ilahi...

Terpisah jauh dua hati...
Lautan dan benua merentangi...
Tak ternoda ikatan dek murka ilahi...
Mempertahankan kesucian hakiki...

Masa terus memintas kita...
Kau berjuang di dunia kerjaya...
Diriku berjuang di medan sarjana...
Sama bernaung di ibu kota...
Namun syariat tetap terpelihara...

Ya allah...
Kuatkan kami bermujahadah...
Mendamda cinta-Mu yang terindah...
Cinta manusia hanyalah wasilah...
Menagih rahmat dan maghfirah...

Ya allah...
Jangan biarkan ikatan kami dicemari...
Dengan maksiat nan keji...
Permudahkanlah urusan kami...
Memeterai sebuah janji...

(nota diambil didalam buku
"pemilik cintaku setelah allah dan rasul..)

18 Februari 2011

oh..kaum hawa sekalian...

~~Yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walau apa pun keadaannya pada masa ini , asalkan baik agamanya . Samada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja , percayalah padanya ..

~~Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat ? oh , mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama ! apa tunggu lagi wahai yang sudah berpunya ? pilihlah untuk berkahwin . Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu . Yakinlah pada Allah . Berdoalah pada-Nya agar dipermudahkan buatmu . <3

*sekadar perkongsian..^_~

untuk kaum hawa..


Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah ada dua pilihan terbentang
PERTAMA...
kamu jadi seperti KELAPA...
mudah diperoleh..
diparut...diperah.. dan diambil santannya...
lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA...
Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
berada di dasar lautan...
tersimpan rapi.. dilindungi kulit...
bukan senang nak lihat..
apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah ...
berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehnya..
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya..
jadi..
kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..
di sebalik SANTAN..
menjadi penyedap makanan.. diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan.. pulut panggang sisi habis ditelan..
dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...
tertanam di dasar paling dalam...
sukar andai mengharap jadi perhatian..
kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang
menghadangnya dari ancaman musuh..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi PERMATA HIASAN..
terletak tinggi di cincin idaman.. atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan.. makin lama MUTIARA tertanam..
makin tinggi nilainya..oleh itu...
pilihlah sendiri... menjadi SANTAN..
mudah jadi perhatian.. tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi MUTIARA.. sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis rupawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi zaman..


* sekadar perkongsian dan renungan buat kaum hawa..

15 Februari 2011

cinta oh cinta

Yang terlarang itu godaan

Yang terhalang itu cabaran

Yang terindah itulah cinta TUHAN

Duhai para gadis...tika anda berasa perasaan dilamun khayalan itu, nafsu mula bermaharajalela. Syaitan pula bertepuk tangan. Syaitan menjerat anda dengan tali kesesatannya dan terus memujuk rayu perasaan anda, hinggalah anda jadi mabuk dan hilang kawalan. Teman lelaki yg anda sangka kekasih sejati itu adalah syaitan berwajah manusia yg mula mengikut kehendak nafsu kelakiannya yg memandang perempuan dgn SATU hajat. Jika nama makhluk itu 'lelaki', yg tidak diikat akad nikah dgn anda, tidak kira usianya muda atau tua, percayalah..hajatnya SATU sahaja. Apabila hajatnya dipenuhi, belum tentu anda akan dibelai lg seperti dahulu. Belum tentu juga dia akan melayan anda dgn baik seperti sebelumnya.
Duhai gadis...segeralah ingat bahawa di kiri kanan ada malaikat yg menjaga kita setiap saat, tidak pernah lalai mencatat amalan sejak kita dilahirkan. Pada diri kita ada pandangan ALLAH S.W.T yang Maha Melihat dan Maha Menghitung perbuatan manusia. Malaikat di kiri kanan anda itu amat malu hendak melihat perlakuan jelik anda dengan sidia. Raqib di sebelah kanan menggeleng-geleng kerana tidak dapat mencatat kebaikan manakala Atid di sebelah kiri pula menggeleng-geleng kerana tidak sanggup mencatat kejahatan yg sedang anda buat.
Untuk para gadis yg belum pernah bercinta, usahlah bersedih tika melihat rakan serumah atau rakan sebilik keluar bersuka ria dgn teman lelakinya. Barangkali anda berasa terkilan krn tiada lelaki yg sukakan anda. Mulalah berasa rendah diri lalu pelbagai prasangka bermain-main di fikiran.
Usah sesekali menyesali takdir kerana takdir ALLAH itu adil sifatnya. Sudah dijanjikan dlm Al-Quran dan hadis bahawa perempuan yg baik adalah untuk lelaki yg baik, begitu juga sebaliknya. Waktu ini anda tidak ditemukan dgn mana2 lelaki kerana ALLAH S.W.T mahu memelihara anda daripada maksiat. Waktu ini tiada lelaki jatuh hati pada anda kerana anda masih dlm tempoh belajar dan mencapai cita2.
Paling utama, ALLAH S.W.T menyimpan jodoh yg terbaik utk anda pabila sampai masanya. Dan bila masa itu tiba, anda senyumlah, ketawalah, menangislah tanda gembira dan bersyukurlah kerana DIA menghadiahi anda dgn lelaki yg soleh dan sempurna. Berpeganglah pada pepatah lama- 'Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian. Jangan Senang dahulu, Susah kemudian'.

14 Februari 2011

Ya allah...seandainya telah engkau catatkan..


Ya Allah….

Seandainya telah engkau catatkan…

Dia milikku tercipta buatku…

Satukanlah hatinya dengan hatiku…

Titipkanlah kebahagian antara kami….

agar kemesraan itu abadi…

Dan ya Allah…

ya tuhanku yang maha mengasihi…

Seiringkanlah kami melayari hidup ini…

Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah…

Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan miliku…

Bawalah ia jauh dari pandanganku….

Luputkanlah ia dari ingatanku…

Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….

Berikanlah aku kekuatan…Melontar bayangannya jauh ke dada langit…

Hilang bersama senja nan merah agarku bisa bahagia…

Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta…

Gantillah yang telah hilang….

Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…

Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku…

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…

Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…

Adalah yang terbaik buat ku….

kerana engkau maha mengetahui…

Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah…

Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…

Di dunia dan di akhirat…Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…

Jangan engkau biarkan aku sendirian…

Di dunia ini mahupun di akhirat…

Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…

Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup…

Ke jalan yang Engkau redhai…

dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin....

01 Februari 2011

Istikharah cinta

Bersaksi cinta di atas cinta dalam alunan tasbih ku cinta..

Menerka hati yang tersembunyi..

Berteman di malam sunyi penuh doa...

Sebut nama mu terukir merdu..

Tertulis dalam sajadah cinta..

Tetapkan pilihan sebagaikan teman kekal abadi hingga akhir zaman...

Istikharah cinta memanggil ku memohon petunjuk mu..

Satu nama teman setia naluri ku berkata..

Di pernantian luahnan rasa teguh satu pilihan..

Pemenuh separuh nafas ku...

Dalam mahabbah rindu..

Di istikharah cinta...