13 April 2011

~~Tak bolehkah kau bagi hatimu padaku~~



walaupun minta aku jangan pergi
biarpun minta aku berhenti saja,
hatiku tetap menuju ke arahmu,
cintaku takkan hilang,
cintak takkan berkurang,
satu demi satu setiap hari, cintaku
terhadapmu tak pernah berhenti,
sampai ia menjadi satu bebanan,
kenapa aku tak dapat elakkan diri daripadanya?
hatiku macam digores,
aku mungkin dah jadi bodoh yang dibutai cinta,
memandang kau bagaikan cahaya sedih,
air mata pasti dah bocor,
buat air mataku terus mengalir,
aku tunggu kau hari demi hari,
aku pasti dah jatuh sakit sebab terlalu rindui mu,
sebab aku terlalu cinta padamu,
tak bolehkah kau bagi hatimu kepadaku?,
tak bolehkah kau terima cintaku,?

Warkah untuk mu hawa

Hawa..

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu.. andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu..

andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah..

Hawa..


Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..


Hawa....


Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,..

lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya..

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya..

Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan..

Oleh itu Hawa...


Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu..

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu..

Hawa.....

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah..

Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah..

Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki..

pesanan buat si suami (bakal la ^_~)

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami..


2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas..Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri..Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin..


3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..


4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih..Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja..


5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak..Benih dari awak juga..Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja..


6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak.. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan..


7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri..Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh..


8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance..Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja..


9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi..Tengok body sendiri dalam cermin dulu..


10. Jangan kentut depan isteri..Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?..


11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu..Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau..


12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga..

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong..


14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor..Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush..Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?..

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak..Tapi jangan tanya dua tahun sekali..Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.. 16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati..Isteri pun manusia..Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri..


17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain..Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?..


18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja..Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?..

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor..Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya..


20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat..Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira..Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai..Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti..


21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama..Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga..Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka..Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga..Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz..


22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga..Jangan buat apa yang isteri tak suka..Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali..

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati..Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.. Allah s.w.t. berfirman,



“Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”..

11 April 2011

untukmu adam dan hawa

Adam...

Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan, Gagah perkasa seperti Badang, Kau gunakan Hawa sebagai umpan, Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...

Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu, Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu, Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu, Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...

Kadangkala kekacakan yang ada padamu, Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api, Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu, Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...

Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam, Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis, Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam, Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...

Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa, Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka, Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu, Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...

Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu, Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu, Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu, Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu, Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa, Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu, Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...

Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi, Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam, Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi, Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...

Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu, Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar, Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu, Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani, Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati, Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana, Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...

Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki, Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu, Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci, Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...

Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu, Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan, Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu, Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

Dan Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa..

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

01 April 2011

sendiri menyepi

Sendiri menyepi..

Tenggelam dalam renungan..

Ada apa aku seakan ku jauh dari ketenangan..

Pelahan ku cari mengapa diri ku hampa..

Mungkin ada salah.. Mungkin ku tersesat..

Mungkin dan mungkin lagi..

Oh Tuhan..

Aku merasa sendiri menyepi..

Ingin ku menangis menyesali diri..Mengapa terjadi..

Sampai kapan ku begini..Resah tak bertepi..

Kembali kan aku pada cahaya mu yang sempat menyala..

Menerang hidup ku..

Pelahan ku cari mengapa diri ku hampa..

Mungkin ada salah..Mungkin ku tersesat..

Mungkin dan mungkin lagi..

Oh Tuhan..

Aku merasa sendiri menyepi..

Ingin menangis menyesali diri..Mengapa terjadi..

Sampai kapan ku begini..Resah tak bertepi..

Kembali kan aku pada cahaya mu yang sempat menyala..

Menerang hidup ku..

Oh Tuhan..

Aku merasa sendiri..Aku merasa sendiri..

Sampai kapan begini..Resah tiada bertepi..

Ku ingin CAHAYA-MU menerangi hidup ku...

:: selalu ada ::

berterbangan daun-daun keguguran pergi bersama sebuah penyesalan membangkit rasa sebuah keinsafan pada cinta-Nya yang sentiasa mendamaikan bertiup angin memecah sunyi redup kasih-Nya sentiasa mengisi di setiap penjuru rahsia hati hanya Dia Yang Mengetahui dalam sujud cinta buat-Nya Yang Esa mendamba setia berkekalan buat-Nya terlalu mengharap redha dan rahmat-Nya tenang dan damai menghuni jiwa

terlalu kerdil diri di rasa berbanding dengan luasnya kasih Pencipta memberi pinjaman usia buat kita semua moga kita sentiasa bersyukur dan tidak mudah lupa cinta-Mu tak pernah sunyi sentiasa dekat dan selalu ada