30 November 2010

Sahabat

pertemuan telah ditakdir kan..
antara kita tidak pernah dirancang..
mana latar takdir hendak dilawan..
semua nya ketentuan tuhan..
wahai sahabat semat kan semua kenangan..
yang telah bersama-sama kita lalui..
suka dan duka memburu impian..
moga teguh nya ikatan ini..
sahabat yang amat ku kasihi..
susah sengan kau disamping ku..
kehadiran dikau disisi..
mengubat sepi dihatiku..
wahai sahabat semat kan semua kenangan..
yang telah sama-sama kita lalui..
suka dan duka memburu impian..
moga teguh nya ikatan ini..
sahabat yang amat ku cintai..
susah senang kau disamping ku..
walau kini hilang dimasa..
namun kau tetap dihatiku..
sahabat bertuah nya ku rasa mendapat teman seperti mu..
membimbing dan menasihati ku..
hanya satu dalam beribu...ohhh..
sahabat yang amat ku cintai..
susah senang kau disamping ku..
walau kini hilang dimasa..
namun kau tetap dihati ku..
namun kini hanya lah tinggal kenangan..
pertemuan kita dilaman perpisahan..
kemersaan bermegah diakhir perkenalan..
sayu menitis kan air mata ku..

(sahabat-hawary)

25 November 2010

untuk bakal teman hidupku..



Untuk bakal teman hidupku, bacalah...

Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...
Jujurlah padaku..

kerna aku tidak mahu dikhianati..
dan disakiti oleh insan yang aku sayangi..

(kepada awak..^_^)

23 November 2010

awak...saya sayang awak..

saya sayang awak..tapi betul ke saya sayang awak??awak sayang saya ke??kalau sayang, nape awak pegang tangan saya??awak nak tengok rambut saya,nak hug saya,nak saya pakai seksi2..memang la awak xkasi boy lain tengok saya pakai seksi..tp awak xhalal lagi utk saya kan??saya sayang awak ke kalau saya kasi semua tu kat awak??

saya sayang awak..betul..xtipu..tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai??saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak..saya lupa solat, saya lupa dosa..saya lupa Tuhan..takut la...

betul awak..saya sayang awak..tapi saya takut..takut sangat nak sayang awak..awak baik, selalu solat awal..tapi nape bila dengan saya awak lupa solat??masa kuar, kita lalu je depan masjid..xpernah stop..tp kt tempat xde orang, kita stop.beratus duit awak habis untuk saya kn??saya hargai sgt..saya tau awk syg saya..tp nape awak xsimpan duit tu dulu..kot2 ada jodoh, boleh kita kawen..awak...saya takut..takut sangat..takut bila ingat pe yang kita dah buat..saya nak awak jadi halal utk saya..tp xboleh la sekarang..mcm mana awk nk tanggung saya..kita blaja lg..saya nak hidup dgn awak..saya nak awak jd imam saya..nak sgt share everything dgn awak..saya nak jadi kekasih halal awak..tapi betul ke cara kita wak??saya takut laaaa...

awak..saya nak hidup dgn awak forever kat heaven..tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi..xkisah la saya dulu, awak dlu atau dua2 skali..boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang??kalau la Dia tanya apa yg saya dah buat dgn awk, pe saya nk jawab nanti..saya maluuuuuuuuuuu sgt kat Dia..

awak..lama saya fikir..saya fikir pasal kita..betul saya sayang awak..tapi, sampai bila kita nak camni??awak..saya dah fikir lama...lepas ni, kalau saya xmsj awk,xnk jumpa awk, xnak call awk, xnk vc, mms or wc,awak jgn salah faham tau..saya buat camtu sbb saya syg awk sgt2..awak..saya nak forever kat syurga dgn awak..dulu saya sedih sbb kita jauh..tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita..kalau dekat, awak boleh agak kn pe kita buat nnti??

saya xtau camne nk gtau awk..saya nak jaga hati awk..tp awak sedar x sebenarnya saya dah kotorkan hati awak..saya suka goda awak dgn manja saya, dengan body saya..saya suka buat awak cair dgn saya..jahatnya saya..awak saya banyak dosa..awak nk ke terima org mcm saya jd wife awak??awak..saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak..saya nak jadi the best wife..baru la awak xpandang orang lain dah..saya xnk susahkan awak dgn saya yg mcm ni..awak..saya nak jadi bidadari awak..bukan kat dunia je..tp kat heaven gak..saya nak jadi bidadari awak yg forever..

awak..saya tahu saya xbaik....banyak sangt kurang n xlayak nak tegur salah awak..tapi saya sayang awak..pe kita buat, bukan ada org tahu pn...sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya??saya pn nak awak jadi suami yg boleh pimpin saya ke syurga..xnak ke??xkn la awak sayang saya utk hepi2 kat dunia ni je..awak xnk ke pilih saya jadi bidadari awak kt syurga nanti??awak..tolong la...saya xnk dah jumpa awak..tp mungkin saya lalai gak nanati..syaitan selalu ada dgn saya..suka je dia kalau saya keluar dgn awk, goda awak..awak..tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa.tolong ek..saya lemah sangat..saya nak jadi kuat..kuat utk awak..untuk hidup dgn awak.

saya sayang awak..camne kalau tiba2 Dia panggil kita b4 kita sempat bertaubat..takutnye saya..awak xtakut ke??camne kita nak gi syurga??camne saya nak jadi bidadari awak??saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tp dgn apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dlm cinta kita??malu sangat kat Dia..awak..saya nak berubah..utk diri saya gak, utk parents saya..tp, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan??saya nak berubah pn sbb nak jadi the best utk awak..utk babies kita nanti..nak jadi mom yg the best..huhu. tinggi betul cita2 saya..saya pn nak kita jadi pasangan yg educated..nak sama2 berjaya..tp educated yg taat padaNya la..mesti bahagia kan..kita ingat Dia, Dia pun ingat kita,,so, boleh la Dia jaga kita nanti..

awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kt syurga tau..awak doakan la saya bia boleh masok syurga..saya nak jadi bidadari yg tunggu awak..n there, i'll be yours forever...tapi, kalau awak pergi dulu??ye..saya sedih..tp saya pun akan doakan awak..insyaAllah..nanti awak tunggu la saya kt syurga k??mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana..tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k??saya nak jadi bidadari awak..

awak..maaf kan saya kalau ape yg saya buat n gtau ni mengguris hati awak..saya buat camni sbb saya sayang awak..saya xtau camne nak gtau awak..sebab tu saya taip kt sini..maaf sebab saya post kat sini..bukan nak bukak kburukan sendiri..at least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sbgai panduan..ramai kt luar sana kapel n buat macam2..saya takot nak post kat awak..tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k..awak..dah nak subuh la..kejap lagi mesti Dia panggil saya..ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k..<3<3<3>

22 November 2010

dedikasi untuk kekasih

Kerana dia telah aku panggil kasih..

masa lalu tenggelam bersama bulan bersama matahari..

masa depan adalah hidangan..

kasih nan luas tak terperi..

entah hiba..entah ceria..entah tak ada..

ianya misteri..

kerana aku telah dipanggil kekasih..

nescaya ku songsang nan dengan erti..

kentalnya semangat,,mimpi bulan ilusi..

mercu cinta ini tidak lunyai menemani hari..

kemaafan adalah segala kemaafan..

gerbangnya setia..

simpanlah aib kerana ia adalah rahsia..

sanggulkan wangi jujur pada hati..

kutiplah bunga damai di sisi hari..

dalam belantara cerita yang menyala..

kemaafan ialah anugerah..

kita terus melangkah tanpa curiga..

malah berdoa mengundang restu mu illahi..

kerana hati

kasih adalah nafas hidup

kekasih pula adalah hati jiwa..

^_^

21 November 2010

pertemukan aku dengan kekasihku





Bismillahirrahmanirrahim..

Duhai hati-hati yang lalai,

Hati-hati yang memburu-buru ketenangan,

Hati-hati yang tercari-cari cinta manusia,

Aku ingin bertanya,

Pernahkah kamu rasa rindu akan kekasihmu?

Adakah sama dengan rasa rindu itu pada Tuhanmu??

Ini hanya secoret bait kata-kata daripada sebuah hati yang rindu..

"Tuhan, aku ingin sekali menemuiMu..

Belaian kasih sayangMu cukup menyentuh jiwaku..

Ya Rabb..

Di mata ibuku aku lihat kasih sayang Mu yang tiada batasan,

Di wajah ayahku, aku lihat keteguhan kasih sayangMu,

Pada peribadi kekasih hatiku, aku lihat tabahnya hati dia dalam menempuh jalanMu,

Dalam keriuhan keluargaku, Engkau menenggelamkan dukaku,

Tuhan, aku hidup dengan menadah titisan embun RahmatMu..

Tiada lain yang aku harapkan melainkan engkau Ya Rabbi..

Mengalir air mata ini bukan kerana putus asa dan kecewa,

Tetapi aku terlalu rindu akanMu, Tuhan..

Maha Suci Engkau Yang Maha Memakbulkan!

Aku pinta minta didekatkan hatiku denganMu,

Datangnya ujian ini memberi aku satu kekuatan luar biasa,

Mendengar lafaz degupan jantungku menyebut namaMu Yang Maha Mulia,

Bernafas dengan hela sifat Ar Rahim Mu..

Tuhan, jika mampu aku katakan pada seantero dunia,

CintaMu Maha Agung!

Terlalu hebat untuk ditinggalkan.

Tuhan, jika bayarannya untuk berdamping denganMu,

Aku perlu berhempas pulas berjuang, bertahan, dengan ujian ‘ringan’ ini,

Aku Redha, Ya Rabb!

Kerana sakit ini begitu manis apabila Engkau sentiasa ADA untukku.

Hanya untukku."

Saat yang paling dekat antara seorang hamba dan tuhannya ialah ketika sujud. Saat penyatuan cinta hakiki dan realiti.

maka yang mana satu antara nikmat-nikmat tuhan yang hendak kamu dustakan?

Sekali lagi, ku peringatkan, pulangkanlah hatimu pada Yang Hak. Kerana Tuhan itu bersifat cemburu, jangan sekali-kali engkau menjauhiNya dengan melupaiNya.

Jika nak tahu sejauh mana Allah cintakan kita, ukur sejauh mana kita cintakan Allah..di mana Dia di hatimu??

tabah lah hati

biar setinggi mane ombak dugaan melanda..
biar seganas mane badai masalah menghempas..
tanamkan lah sauh ketetapan hati agar kapal tidak berganjak haluan..
biarlah badai dan ombak itu pergi begitu sahaja..
tanpa mencalarkan walau sedikit pun badan si kapal..
yang telah tetap haluan nya..

19 November 2010

memang khilaf ku...

memang khilaf ku menyayangi mu..
memang khilaf ku menyintai mu..
tapi ku tahu semua itu tak akan kembali lagi..
bukan ku pinta segunung janji..
tidak ku harap sinaran ini..
cuma ku ingin setulus kasih..
kesetiaan kekal selamanya..
sayang..
senyum senda pagi..
tawa mu mengiringi..
wajah mu ku terbayang..
hadir mu dalam mimpi..
portret mu ku tatapi..
mengharap kau kembali..
memang ku rindu saat bersamamu..
memang tak mampu melupakan mu..
tapi ku tahu semua itu tak akan kembali lagi..
selamat tinggal pada kenangan..
selamat tinggal pada igauan..
terima kasih aku ucapkan untuk percintaan ini..


........................................................................................................................................................................

18 November 2010

tak ku duga tak ku sangka

malam ku tidur terlena..
teringatkan dirimu..
terimbas kembali kenangan lalu..
alangkah indahnya bersamamu..
mengalir air mata ku..
menemani malam sepiku..
ku rindu saat bersamamu..
sukarnya untuk ku melupakanmu..
dahulu engkau beri kan cinta..
mengapa kini engkau berubah..
manakah janji akan setia menanti..
jikalau engkau tak lagi cinta..
katakan saja aku tak kesah..
dari engkau terus membuat ku menunggu..
tak ku sangka..tak ku duga..
perpisahan yang akan melanda..
dah ku cuba pertahankan..
namun dirimu pergi jua..
cinta mu bagaikan rembulan..
yang hadir bila malam menjelang..
kau hilang bila siang mendatang..
begitulah sikapmu oh sayang..
kau lontar cintaku ditepian..
ku bagaikan hanyut dilautan..
yang lemas didalam percintaan..
dipukul gelombang keresahan..
mengalir air mata ku..menemani malam sepi ku..
sukarnya untuk ku melupakan mu..

....................................................................................

17 November 2010

Saat terakhir

tak pernah terfikir oleh ku..
tak sedikit pun ku bayangkan..
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri..
begitu sulit ku bayangkan..
begitu sakit ku rasakan..
kau akan pergi tinggalkan ku sendiri..
dibawah batu nisan kini..
kau telah sandarkan kasih sayang kamu begitu dalam..
sungguh ku tak sanggup ini terjadi kerna ku sangat cinta..
inilah saat terakhir ku melihat kamu..
jatuh air mata ku..menangis pilu..
hanya mampu ucapkan..
selamat jalan kasih..
satu jam saja aku telah bisa cintai kamu..kamu..kamu..
di hatiku..
namun bagiku melupakan mu butuh waktu ku seumur hidup..
satu jam saja ku telah bisa sayangi kamu....
dihatiku..
namun bagi ku melupakan mu butuh waktu ku seumur hidup..
dinantiku..
(saat terakhir)

syahid atau menang

Berjuang tak pernah senang..

Ombak derita tiada henti..

tenang tegang silih berganti..

Inilah sunah orang berjuang..

Malamnya bagai rahib..

Merintih sayu, dihiris doa air mata..

Siangnya bagai singa dirimba..

Memerah keringat mencurah tenaga..

Berjuang memang perit..

Kerana syurga itu manis..

Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar..

Bukan sedikit pedih yang ditagih..


Berjuang bererti berkorban..

Rela terhina kerna benar..

Antara dua pasti terjadi..

Tunggulah syahid atau menang..

mutiara hadith

" tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh allah daripada bani adam ketika hari raya
eidul adha selain menyembelih haiwan korban..sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari
kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu, dan kukunya..dan sesungguhnya darah haiwan
korban telah terletak disuatu tempat disisi allah sebelum mengalir ditanah..kerana itu,
bahagiakan dirimu dengannya.."
(riwayat tarmizi, ibnu majah dan hakim)

16 November 2010

awak

erm...
walau kite dh x serapat dlu..
tpi awk sentiasa diingatan saya..
awak sentiasa saya kenang..
kenangan 2 thun yang kite lalui amat bermakna bagi saya..
awak lah sahabat..kawan..teman..dan..???..yang pernah rapat dengan saya 1 ketika dulu..
walau jarak diantara kite makin ketara tpi saya tidak pernah melupakan awak walau sesaat..
hanya awak..
sentiasa..
selamanya..
insyaallah..
(yang ikhlas -saya-)

07 November 2010

bukan niat saya

bukan niat saya nak permain kan awak..

bukan niat saya nak mendua kan awak..

bukan niat saya nak sakit kan hati awak..

bukan niat saya nak kecewa kan awak..

bukan niat saya nak khianati awak..

bukan niat saya nak menyakiti perasaan awak..

bukan niat saya buat awak bersedih..

bukan niat saya kalau ini semua terjadi..

bukan kehendak saya..

bukan kemahuan saya..

semua nya terjadi atas kehendak yang maha esa..

sebagai hamba nya saya hanya redha dan berserah kepada nya....

-_-

06 November 2010

cik teha aku syg seh kt kau..

asalam....

erm..hari ni aku habis kan masa aku dgn kawan aku paling baik..dah 2 bulan lebih kite orang x jumpe..rindu kott...(kire kawan sampai mati lah konon..)hehe..nama dia NURUL FATHIHAH..(nama bapak dia x yah lah aku bg tau erk)..haha..erm..cik teha ni aku kenal time aku form 3..tapi x brape nk rapat sangat..start form 4 baru kite orang kamcing..pegi skolah sama2..balik skolah sama..(kire kalau bleh kt skolah dulu nak pegi toilet pon nak bersama jugak)..kelakar bila di ingat kan balik..haha..dah macam 'pakwe makwe lagak nye' pegi mana asik berkepit je..semua budak2 skolah dah tau..mana ada aku di situ lah ada nye cik teha ni..kite orang x pernah gadoh..mungkin kite orang saling memahami kot..hehe..(poyo je ayat aku)..time hujung tahun kite orang form 4..cik teha jatuh sakit..aku lah orang yang paling sedih..sebab lame jugak lah dia x datang skolah..aku rasa kehilangan glerr time tu..mana x nye..kite orang dah selalu bersama..tiap2 hari muka dia je yang aku hadap..bila x tgk muka dia sehari aku rindu..erm..dalam masa dia sakit tu aku ada datang rumah dia..(part ni yang aku paling sedih sesangat)..sebab dia langsung x kenal aku..bila mak dia tanye siapa aku dia jawab x tahu teha x kenal..time tu hanya tuhan je yang tau betape sedih nye aku..aku nangis sampai x bleh nak tengok muka dia..tapi aku beristifar dalam hati banyak2..sebab aku tau dia tengah sakit..erm..lame jugak dia sakit..adalah lebih kurang dalam 5-6 bulan..masuk pertengahan form 5 cik teha dah ok mcm biasa..aku happy glerr sebab cik teha yang dulu dah kembali..(sampai sini je aku bukak kesah dulu2 ye)..hehe..sekarang kite orang dah jarang jumpe mcm dulu2 sebab dia dah kerja kat shah alam..so susah lah kite orang nak mcm dulu lagi..huhu..hari ni aku jumpe dia lagi..kite orang pegi Klcc tengok wayang..makan pizza..yummm..yumm..hehe..aku bawak adik angkat aku sekali..so kite orang bertiga lah yang pegi..hehe..best..sebab lame x jumpe..insyaallah..ada rezeki kite jumpe lagi ye cik teha..kt bawah ni ada gambar cik teha..^_^




cik teha..^_^

04 November 2010

selamat ulang tahun awak...

yang tulus ikhlas..
ingin sekali sekala diri nya dibelas..
walau hanya dengan..
dakapan di angin lalu..
yang selalu memberi..
ingin sekali sekala jadi penerima..
cukup dengan salam..
dan manis doa..
aku ingin kau merasakan..
hebatnya cinta..
terleburkan saja serpihan calar derita..
selamat ulang tahun sayang..
kini kau bersayap..
pergi lah terbang..
rintaslah
langit cita-cita mu..
harap nanti kita kan bertemu..
selamat ulang tahun sayang..
jangan lah kau tak terbang pulang..
ku nanti penuh kerinduan..
selamat tinggal..selamat jalan..
aku hanya ingin kan engkau setia..
kerana setia yang mencipta bahagia mu..
selamat ulang tahun sayang..
kini kau bersayap..
pergilah terbang..
rintaslah langit cita-cita mu..
harap nanti kita kan bertemu..
selamat ulang tahun sayang..
jangan lah kau tak terbang pulang..
ku nanti penuh kerinduan..
selamat tinggal..
selamat jalan..
sayang...
(selamat ulang tahun kelahiran awk..
saya sentiasa mengingati nya..)

02 November 2010

surat untuk awak


awak,
hari ni sy sedar mungkin saye bkn sesape untuk awak...
dan mungkin jugak awak ade agenda awak yg tersendiri untuk sy...
awak,
bukan ini yg sy harapkan dgn ape yg awak janjikan...
dan sy sentiasa patuh dgn janji sy yg telah sy janjikan...
awak,
mungkin awak x sedar ape yg awak buat ni menyakitkan hati sy...
tp sy cuma nak awak sedar sy ade hati da perasaan mcm orang lain...
awak,
sy bukan sesiapa untuk rebut kejujuran awak untuk sy...
tp cuma kali ni sy nak awak berterus terang dengan sy...
awak,
klau ini bukan ape yg terlintas di hati awak, maafkan sy...
tp klau btol ape yg sy sangkakan, xpe lah sy maafkan awak...
awak,
selagi sy mampu untuk bertahan, sy tetap akan bertahan...
dan jika satu hari nanti sy mengalah, sy mintak maaf...
awak,
jika hidup sy boleh menentukan pilihan, sy pilih awak...
tp jika awak terpaksa menentukan pilihan, sy x paksa awak pilih sy...
awak,
andai satu hari nnti sy bukan milik awak,sy nak awak tau yg sy sentiasa sygkn awak...
tp andai satu hari nnti awak terfikir untuk kembali memilih sy, sy terima awak..
sbb awak akan sntiasa ada dlm hati sy...
awak,
kalaulah awak phm ape yg sy pikirkan, mungkin awak akan rasa dihargai...
tp kalau satu hari nanti awak sedar yg sy btol2 sygkn awak, mungkin awak akan hargai sy..
awak,
andai awak terbaca ape yg
sy nak sampaikan kat awak nie,
sy nak awak tau yg sy btol2 sygkn awak,
sy nak awak tau yg sy sentiasa teringatkan awak,
sy nak awak tau yg sy sanggup lupakan kwn2 lelaki sy semata2 kerana awak,
sy nak awak tau yg sy akan lakukan ape je demi awak,
dan sy nak awak tau yg sy pown ada hati dan perasaan mcm kwn2 awak yg laen... :(

01 November 2010

Berdiri seorang perindu

Sikap mu meremuk kan hati..
Sengaja kau kenang lagi..
kisah menyentuh hati..
Gelisah diri ini..
adakah ku diuji..
kasih ku yang terlalu dalam..
usah lah dipersendakan..
sabar dan kejujuran jadi akar cinta..
agar kita bahagia..
berdiri aku disini bukan untuk seketika..
berdiri aku sebagai perindu..
mesti pun jiwa ku sedih terasa bagai dihiris..
namun ku tersenyum selalu..
ku sentiasa beri kesempatan..
semoga ada ruang kemesraan..
kita yang punya perasaan..
terkadang rasa terkilan..
jangan lah dikeruhkan..
kasih yang sedang tenang..
kerana ku merindu..
berdiri aku disini bukan untuk seketika..
berdiri aku sebagai perindu..
mesti pun jiwa ku sedih..
terasa dihiris namun ku tersenyum selalu..
disini ku berdiri..
sebagai perindu..

(berdiri seorang perindu : ibnor reza) ^_^