05 September 2010


Alhamdulillah dalam buku ini ana mendapat bermacam-macam persoalan dan juga jawapan yang selama ini ana kurang ketahui..soalan yang menarik perhatian ana untuk membaca berkali-kali adalah soalan tentang hukum “HIJAB DAN MEMBUKA WAJAH” dan “HIJAB (tirai), BERPAKAIAN dan BERDANDAN”.. ana ada serta kan sedikit point-point tentang hukum-hukum yang terdapat didalam buku ini..moga pengetahuan yang ana ketahui ini dapat dikongsi bersama sahabat-sahabat ana..


HIJAB DAN MEMBUKA WAJAH

1) Hukum menampakkan wajah :

Tidak dibolehkan bagi wanita untuk membuka wajahnya dihadapan lelaki yang bukan mahramnya,,duduk bersama mereka mahupun keluar dengan mereka..

2) pentingnya menutup wajah bagi wanita :

pada permulaan datangnya islam hukum hijab tidak wajib atas wanita, mereka menampakkan wajah dan kedua tangannya dihadapan para lelaki..kemudian allah mewajibkan hijab bagi para wanita untuk menjaga mereka dari pandangan kaum lelaki asing dan untuk menjaga agar tidak digangu, iaitu setelah turunnya firman allah dalam surah al-ahzab :

ertinya : “apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri nabi), maka mintalah dari belakang tabir..cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) rasulullah dan tidak (pula) mengahwini isteri-isterinya selam-lamanya sesudah ia wafat..sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) disisi allah..” (al-ahzab : 53)

ertinya : “hai nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : ‘hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka’..yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak digangu..dan allah adalah mahha pengampun lagi maha penyayang..” (al-ahzab : 59)

ertinya : “katakanlah kepada wanita yang beriman : ‘hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka..dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mreka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka..” (an-nur : 31)


3) wajah wanita adalah aurat :

betul wajah wanita termasuk aurat menurut pendapat alim ulama yang terpilih..



4) bersolek dan membuka wajah :


(s) apa hukum membuka wajah bagi wanita dan keluar diantara lelaki asing..??


(j) segala puji bagi allah..sebagaimana diketahui bahawa isteri-isteri nabi s.a.w, isteri-isteri para sahabat pada zaman nabi s.a.w dan zamam al khulafaur rasyidun serta salaf soleh, mereka tidak keluar dalam keadaan membuka wajahnya..nas-nas dari kitab dan sunnah, perkataan-perkataan para salaf dan orang-orang setelahnya dalam masalah ini banyak dan masyhur..allah telah memerintahkan kepada isteri-isteri orang mukmin :

ertinya :
“hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka..” (al-ahzab : 59)

Nabi s.a.w bersabda bermaksud :

“wanita adalah aurat..”

Aurat itu wajib untuk ditutup seluruhnya dan tidak boleh diperlihatkan sebahagian darinya..ibnul mundzir menyebutkan adanya ijma’ tentang wanita yang sedang ihram harus menutup kepala dan rambutnya serta memanjangkan kain ke wajahnya sedikit untuk menutupnya dari pandangan lelaki asing..ibnu ruslan menyebutkan adanya ijma’kaum muslimin tentang larangan wanita keluar dalam keadaan membuka wajahnya..


5) hukum mengenakan niqab :


(s) apa hukum mengenakan niqab dalam islam??


(j) dibolehkan menutup wajah dengan cadar atau niqab yang menampakkan mata, kerana pakaian ini dikenali pada masa nabi s.a.w dan kerana adanya keperluan..jika yang nampak hanya kedua mata sahaja , maka itu dibolehkan, apalagi jika itu yang biasa dipakai didalam masyarakat..

abu ubaid menyebutkan tentang eti niqab menurut orang arab, iaitu penutup wajah yang menampakkan kedua mata dan disebutkan pula dengan wushushah atau burqa’..hukum mengenakannya, pada dasarnya boleh berdasarkan hadis ibnu umar r.a..bahawasanya baginda bersabda bermaksud :

“wanita yang sedang ihram tidak boleh mengenakan niqab dan tidak boleh mengenakan sarung tangan..”

Dalam riwayat lain disebutkan, rasulullah melarang wanita yang sedang ihram mengenakan sarung tangan dan niqab..


HIJAB (tirai), BERPAKAIAN dan BERDANDAN


1) Hukum tidak menutup wajah bagi seorang wanita waktu bepergian


Tidak dibolehkan bagi kamu serta wanita-wanita lain untuk tidak menutup wajah didaerah orang kafir..begitu juga tidak dibolehkan tidak menutup wajah didaerah muslim..adalah wajib memakai hijab didepan lelaki yang bukan mahram , tanpa memerhatikan apakah lelaki itu muslim atau tidak..pada kenyataannya, menutup wajah didepan orang-orang yang bukan muslim adalah lebih perlu, kerana mereka tidak punya keimanan yang dapat menjaga dari perbuatan yang dilarang oleh allah..begitu juga tidak dibolehkan patuh kepada orang tua bila mereka menyuruh sesuatu yang dilarang oleh allah dan rasul-nya..allah telah berfirman :

Ertinya : “ apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri nabi), maka mintalah dari belakang tabir..cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka”..(al-ahzab : 53)

Dalam ayat tersebut diatas allah menjelaskan bahawa wanita harus memakai hijab didepan lelaki yang bukan mahramnya..kerana perkara demikian adalah suci bagi hati mereka..allah juga berfirman :

Ertinya : “katakanlah kepada wanita yang beriman : ‘hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya..dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perrhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka”..

(an-nur : 31)

Tidak diragukan lagi bahawa wajah merupakan sumber kecantikkan wanita paling utama..


2) Hukum memakai pakaian ketat dan pakaian warna putih

(s) apakah dibolehkan bagi seorang wanita memakai pakaian ketat?
Dan apakah dibolehkan baginya memakai pakaian warna putih?


(j) tidak dibolehkan bagi seorang wanita didepan lelaki yang bukan mahramnya atau di tempat umum seperti pasar memakai pakaian ketat yang memperlihatkan bentuk tubuhnya pada setiap orang yang memandangnya..ini membuat badan dilihat seperti telanjang dan dapat menimbulkan fitnah yang menyebabkan dosa besar..juga tidak dibolehkan baginya memakai pakaian warna putih kerana dinegara kita..pakaian warna putih merupakan pakaian yang khusus dan diakui sebagai pakaian lelaki..disamping itu, memakai pakaian warna putih bagi wanita adalah menyerupai lelaki, sementara nabi mengutuk para wanita yang menyerupai lelaki..


3) Hukum memakai burqa’ (cadar)

Burqa’ (cadar) adalah semacam penutup mata yang terbuka hanya pada bahagian mata sahaja untuk melihat..hukunnya boleh dan tidak ada larangan kecuali waktu ihram dalam ibadah haji dan umrah sebagaimana sabda rasulullah s.a.w bermaksud :

“janganlah wanita memakai penutup muka (niqab)..”

Hadis diatas berkenaan dengan waktu haji..ia tidak boleh memakai niqab yang serupa dengan burqa’ (cadar)..perkara ini menunjukkan bahawa perkara itu dibolehkan bagi wanita yang tidak sedang melakukan ibadah haji..akan tetapi, tidak dibolehkan melebarkan bahagian yang terbuka sehingga bulu alis dan hidung dilihat, kerana kalau begitu dapat menimbulkan fitnah bagi yang memandang..juga ia harus memakai penutup pada bahagian atas burqa’ untuk menutup bahagian yang lain dari kepala..


4)
Hijab islam

(s) apa yang dimaksudkan dengan hijab islam..?


Hijab islam adalah hijab bagi wanita untuk menutup setiap bahagian tubuhnya yang dilarang untuk diperlihatkan..iaitu, menutup setiap bahagian yang harus ditutup..yang pertama dari bahagian-bahagian tubuh yang harus ditutup adalah wajah, kerana wajah merupakan sumber fitnah dan hasrat orang kepadanya..kerana itu, wanita harus menutup wajahnya didepan lelaki yang bukan mahramnya..mereka yang menganggap bahawa hijab islam bagi wanita adalah untuk menutup kepala, dada, punggung, kaki, betis dan lengan dengan membolehkannya tidak menutup wajah dan tngannya adalah anggapan yang sangat menghairankan..ini kerana telah diketahui dengan baik bahawa sumber fitnah dan pandangan adalah wajah..
Bagaimana boleh seseorang mengatakan bahawa syariat tidak membolehkan membuka bahagian kaki wanita sementara ia membolehkannya tida menutup wajahnya..tidak mungkin bahawa dalam syariat yang agung terdapat pertentangan..sekalipun begitu, setiap orang tahu bahawa fitnah yang timbul kerana tidak menutup wajah adalah lebih besar daripada fitnah yang timbul kerana tidak menutup kaki..setiap orang juga tahu bahawa aspek dari wanita yang paling dihitungkan oleh lelaki adalah wajah..jika anda mengatakan kepada seorang lelaki bahawa wajah seorang wanita tidak cantik tetapi kakinya bagus, maka lelaki tersebut tidak akan melamarnya..akan tetapi, jika anda mengatakan kepada lelaki tersebut bahawa wajah wanita itu cantik, tetapi tangan, tapak tangan atau betisnya tidak bagus, maka lelaki tersebut tetap akan melamarnya..dari sini dapat disimpulkan bahawa wajah merupakan perkara pertama yang harus ditutup..ini didukung oleh dalil al-quran dan sunnah rasulullah s.a.w, jga oleh pernyataan-pernyataan para sahabat, para imam ahli fiqih, ulama-ulama besar islam yang mengindikasikan bahawa wajib hukumnya bagi wanita menutup seluruh bahagian tubuhnya didepan lelaki yang bukan mahramnya..ini secara jelas mengindikasikan wajib hukumnya bagi wanita menutup wajahnya didepan lelaki yang bukan mahramnya..ALLAH MAHA MENGETAHUI...


Setelah membaca buku ini ana telah mendapat kesedaran bahawa menutup wajah juga adalah wajib disisi islam..bukan sekadar menutup kepala, dada, punggung dan lengan tetapi wajah juga penting untuk ditutup..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan