06 Disember 2010

sekadar peringatan...

Jangan bangga sangat dengan
pakaian yang cantik dan mahal,
kerana pakaian terakhir kita nanti
adalah kain kapan...


Jangan bangga dan action sangat
dengan kenderaan mewah,
kerana kenderaan terakhir kita nanti
adalah van jenazah dan papan keranda....


Janganlah terlalu seronok dengan
tempat tidur yang empuk dan nyaman,
kerana tempat tidur terakhir kita nanti
adalah liang lahad....


Jangan pula ego dan bongkak
kerana mampu memiliki rumah mewah
seperti istana.kita kena ingat,rumah
terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua...


Jangan terlalu megah dengan
pangkat dan darjat,kerana
bila sudah tiada nanti,
kita dapat gelaran Al-marhum...


Janganlah terlalu bangga dan berlagak
dengan wajah yang kacak dan cantik
kerana bila kita mati nanti,
wajah itu akan berubah menjadi tengkorak...

(perkongsian bersama)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan