15 Februari 2011

cinta oh cinta

Yang terlarang itu godaan

Yang terhalang itu cabaran

Yang terindah itulah cinta TUHAN

Duhai para gadis...tika anda berasa perasaan dilamun khayalan itu, nafsu mula bermaharajalela. Syaitan pula bertepuk tangan. Syaitan menjerat anda dengan tali kesesatannya dan terus memujuk rayu perasaan anda, hinggalah anda jadi mabuk dan hilang kawalan. Teman lelaki yg anda sangka kekasih sejati itu adalah syaitan berwajah manusia yg mula mengikut kehendak nafsu kelakiannya yg memandang perempuan dgn SATU hajat. Jika nama makhluk itu 'lelaki', yg tidak diikat akad nikah dgn anda, tidak kira usianya muda atau tua, percayalah..hajatnya SATU sahaja. Apabila hajatnya dipenuhi, belum tentu anda akan dibelai lg seperti dahulu. Belum tentu juga dia akan melayan anda dgn baik seperti sebelumnya.
Duhai gadis...segeralah ingat bahawa di kiri kanan ada malaikat yg menjaga kita setiap saat, tidak pernah lalai mencatat amalan sejak kita dilahirkan. Pada diri kita ada pandangan ALLAH S.W.T yang Maha Melihat dan Maha Menghitung perbuatan manusia. Malaikat di kiri kanan anda itu amat malu hendak melihat perlakuan jelik anda dengan sidia. Raqib di sebelah kanan menggeleng-geleng kerana tidak dapat mencatat kebaikan manakala Atid di sebelah kiri pula menggeleng-geleng kerana tidak sanggup mencatat kejahatan yg sedang anda buat.
Untuk para gadis yg belum pernah bercinta, usahlah bersedih tika melihat rakan serumah atau rakan sebilik keluar bersuka ria dgn teman lelakinya. Barangkali anda berasa terkilan krn tiada lelaki yg sukakan anda. Mulalah berasa rendah diri lalu pelbagai prasangka bermain-main di fikiran.
Usah sesekali menyesali takdir kerana takdir ALLAH itu adil sifatnya. Sudah dijanjikan dlm Al-Quran dan hadis bahawa perempuan yg baik adalah untuk lelaki yg baik, begitu juga sebaliknya. Waktu ini anda tidak ditemukan dgn mana2 lelaki kerana ALLAH S.W.T mahu memelihara anda daripada maksiat. Waktu ini tiada lelaki jatuh hati pada anda kerana anda masih dlm tempoh belajar dan mencapai cita2.
Paling utama, ALLAH S.W.T menyimpan jodoh yg terbaik utk anda pabila sampai masanya. Dan bila masa itu tiba, anda senyumlah, ketawalah, menangislah tanda gembira dan bersyukurlah kerana DIA menghadiahi anda dgn lelaki yg soleh dan sempurna. Berpeganglah pada pepatah lama- 'Bersakit-sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian. Jangan Senang dahulu, Susah kemudian'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan