21 November 2010

pertemukan aku dengan kekasihku





Bismillahirrahmanirrahim..

Duhai hati-hati yang lalai,

Hati-hati yang memburu-buru ketenangan,

Hati-hati yang tercari-cari cinta manusia,

Aku ingin bertanya,

Pernahkah kamu rasa rindu akan kekasihmu?

Adakah sama dengan rasa rindu itu pada Tuhanmu??

Ini hanya secoret bait kata-kata daripada sebuah hati yang rindu..

"Tuhan, aku ingin sekali menemuiMu..

Belaian kasih sayangMu cukup menyentuh jiwaku..

Ya Rabb..

Di mata ibuku aku lihat kasih sayang Mu yang tiada batasan,

Di wajah ayahku, aku lihat keteguhan kasih sayangMu,

Pada peribadi kekasih hatiku, aku lihat tabahnya hati dia dalam menempuh jalanMu,

Dalam keriuhan keluargaku, Engkau menenggelamkan dukaku,

Tuhan, aku hidup dengan menadah titisan embun RahmatMu..

Tiada lain yang aku harapkan melainkan engkau Ya Rabbi..

Mengalir air mata ini bukan kerana putus asa dan kecewa,

Tetapi aku terlalu rindu akanMu, Tuhan..

Maha Suci Engkau Yang Maha Memakbulkan!

Aku pinta minta didekatkan hatiku denganMu,

Datangnya ujian ini memberi aku satu kekuatan luar biasa,

Mendengar lafaz degupan jantungku menyebut namaMu Yang Maha Mulia,

Bernafas dengan hela sifat Ar Rahim Mu..

Tuhan, jika mampu aku katakan pada seantero dunia,

CintaMu Maha Agung!

Terlalu hebat untuk ditinggalkan.

Tuhan, jika bayarannya untuk berdamping denganMu,

Aku perlu berhempas pulas berjuang, bertahan, dengan ujian ‘ringan’ ini,

Aku Redha, Ya Rabb!

Kerana sakit ini begitu manis apabila Engkau sentiasa ADA untukku.

Hanya untukku."

Saat yang paling dekat antara seorang hamba dan tuhannya ialah ketika sujud. Saat penyatuan cinta hakiki dan realiti.

maka yang mana satu antara nikmat-nikmat tuhan yang hendak kamu dustakan?

Sekali lagi, ku peringatkan, pulangkanlah hatimu pada Yang Hak. Kerana Tuhan itu bersifat cemburu, jangan sekali-kali engkau menjauhiNya dengan melupaiNya.

Jika nak tahu sejauh mana Allah cintakan kita, ukur sejauh mana kita cintakan Allah..di mana Dia di hatimu??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan