17 November 2010

syahid atau menang

Berjuang tak pernah senang..

Ombak derita tiada henti..

tenang tegang silih berganti..

Inilah sunah orang berjuang..

Malamnya bagai rahib..

Merintih sayu, dihiris doa air mata..

Siangnya bagai singa dirimba..

Memerah keringat mencurah tenaga..

Berjuang memang perit..

Kerana syurga itu manis..

Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar..

Bukan sedikit pedih yang ditagih..


Berjuang bererti berkorban..

Rela terhina kerna benar..

Antara dua pasti terjadi..

Tunggulah syahid atau menang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan